UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
LB1501 Primary Education
Main Author :Shamilati Che Seman@Sulaiman
Additional Authors :Amran Wahab
Title :Keadah kompas dalam pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Sains
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mempunyai cabarannya yang tersendiri dan perlu diberi penekanan dalam kurikulum kerana ia merupakan salah satu kemahiran abad ke-21. KBAT adalah antara enam ciri utama murid yang menjadi aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk berjaya di peringkat global. Oleh yang demikian, murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif dengan peluang dan ruang yang diberi untuk menyampaikan idea/pandangan menggunakan kaedah yang lebih kreatif dan tidak hanya menghafal seperti kaedah konvensional. Justeru, proses pembelajaran Sains bukanlah berlaku secara hafalan semata-mata, sebaliknya memerlukan pengaplikasian KBAT. Oleh itu, menerusi Kaedah Kompas murid-murid berpeluang menjana dan mengembangkan pemikiran bagi mengupayakan mereka membuat pemikiran kelihatan dan seterusnya membolehkan mereka memahami, menganalisis dan menguasai masalah/isu berunsur KBAT dalam menilai dan membuat keputusan untuk mendapatkan penyelesaian terbaik. Kajian kuasi-eksperimen ini mengkaji keberkesanan Kaedah Kompas dalam meningkatkan KBAT dalam kalangan 32 orang murid sekolah rendah. Kesan penggunaan kaedah ini diukur sebanyak tiga kali menggunakan ujian KBAT, iaitu sebelum intervensi (ujian pra), selesai intervensi (ujian pos) dan selepas tiga bulan intervensi (ujian pos lanjutan). Data dianalisis untuk mendapatkan peratus skor. Dapatan menunjukkan peningkatan peratus pencapaian murid-murid dalam kedua-dua ujian pos. Implikasinya, Kaedah Kompas telah berjaya membantu murid-murid dalam beberapa aspek, iaitu menjadi panduan kepada murid dalam menjawab soalan/menyelesaikan masalah KBAT; membimbing murid-murid meningkatkan keupayaan berfikir mereka ke tahap yang lebih tinggi; menjadikan murid seorang yang berfikiran reflektif, kritis dan kreatif; melahirkan murid yang mahir dalam menilai dan membuat keputusan. Kajian ini mencadangkan kaedah ini diaplikasikan bersama dalam proses pembelajaran subjek-subjek teras lain agar dapat memenuhi aspirasi negara dalam melahirkan murid yang cemerlang secara holistik.

References

Alimuddin Mohd Dom (2021, Disember 17). Silibus tinggi, KBAT: Pendidikan tidak boleh di takuk lama. Utusan Malaysia, Retrieved November 7, 2022, from https://www.utusan.com.my/berita/2021/12/silibus-tinggi-kbat-pendidikan-tidak-boleh-di-takuk-lama/

Amin Senin (2021). Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar SPM Kohort 2021 Terjejas dengan Ketara. Connecting. Dot Learning. Retrieved November 7, 2022, from https://www.connectingdots.my/post/pengguasaan-kemahiran-berfikir-aras-tinggi-kbat-pelajar-spm-kohort-2021-terjejas-dengan-ketara

Bakri, Md Nor Bakar & Firdaus (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di kalangan guru Matematik sekolah menengah pertama di Kota Makassar. International Seminar on Quality and Affordable Education.

Bell, D. (2016). The reality of STEM education, design and technology teachers’ perceptions: a phenomenographic study. International Journal of Technology and Design Education, 26(1).

Campbell, D. T. (2013). Experimental And Quasi- Experimental Designs for Research. Journal of Chemical Information and Modelling. 

Chalkiadaki, A. (2018). A systematic literature review of 21st century skills and competencies in primary education. International Journal of Instruction, vol. 11, no. 3, pp. 1–16.

Fleeson, W., Jayawickreme, E., Jones, A. B. A. P., Brown, N. A., Serfass, D. G., Sherman, R. A., Matyjek-, M. (2017). Pembelajaran Berasaskan masalah Berorientasikan Projek: Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Bagi Mata Pelajaran Reka Cipta dalam Kalangan Pelajar Peribumi di Daerah Kapit: Satu Tinjauan. Journal of Personality and Social Psychology.

Gottfried, M., & Williams, D. N. (2013a). STEM Club Participation and STEM Schooling Outcomes. Education Policy Analysis Archives.

Gottfried, M., & Williams, D. N. (2013b). STEM Club Participation and STEM Schooling Outcomes. Education Policy Analysis Archives, 21(79), 1–27.

Gribbons, W. M. (1997). Designing for the global community. In Professional Communication Conference: Crossroads in communication (pp. 261–273).

Hair, J. F., Anderson, R. E., Tatham, R. L., & Black, W. C. (2009). Multivariate data analysis. Pearson Education Ltd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Melaka: Surya Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013a) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 (Pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). Putrajaya; Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013b). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Putrajaya; Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pelajaran Malaysia (pp. 1–268).

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Etika menjalankan kajian tindakan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. (pp. 168). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Madhuri, G. V., Kantamreddi, V. S. S, dan Prakash Goteti, L. N. S. (2012). Promoting higher order thinking skills using inquiry-based learning. European Journal of Engineering Education. doi:10.1080/03043797.2012.661701.

Mohammad Norsham Abdul Ghani (2014). Tahap pengetahuan dan sikap guru-guru Pendidikan Islam terhadap amalan penerapan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di negara Brunei Darussalam. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Ghadafi Mohd Ghazali (2014). Tinjauan tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru luar bandar terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam amalan pengajaran. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim (2016). Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Dalam Pendidikan Islam. Retrieved from https://www.researchgate. UPSI.

Nur Aida Muhammad & Mohd Aderi Che Noh (2014). Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri Ke-10, hlm. 520-541.

Nurulhuda Md Hassan, Nur An Nisa Fithri Mohd Noor, Yamuna Thasarathan, Qarihatun Najah Zainudin, Nur Syaidatul Aisyah Zainuri, Nurul Raihana Najwa Mohamad Rizuaden, Nurfara Adilah Muhamad Fauzi, Nurfatihah Tumin & Nur Afina Syahida Mohamad Jefri (2019). Perspektif Guru Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kalangan Pelajar. Journal of Humanities and Social Sciences, Volume 3, Issue 2, 50-56.

Nurul Nadirah Mohd Kasim (2014). Pengetahuan guru terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan tahap berfikir aras tinggi pelajar tingkatan 2 bagi topik Ungkapan Algebra II. Tesis Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia

Peters, L., Shmerling S., & Karren, R. (2011). Constructivist pedagogy in asynchronous online education: Examining proactive behaviour and the impact on student engagement levels. International Journal on E-Learning.

Rosinah Edinin (2011). Penyelidikan tindakan: Kaedah dan penulisan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Saputri, A. C., Sajidan, S., Rinanto, Y., Afandi, A. & Prasetyanti, N. M. (2018). Improving students’ critical thinking skills in cell-metabolism learning using stimulating higher order thinking skills model. International Journal of Instruction, vol. 12, no. 1, pp. 327–342. Siti Nurliyana Ab Halim (2015). Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pembelajaran pemahaman bacaan. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Suhanna Zainudin & Zanaton Hj. Iksan (2015). Pemerkasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara Kali Ke-5, hlm. 206-211 Sulaiman, N., Muniyan, V., Madhvan, D., Hasan, R. & Rahim, S. S. A. (2017). International Research Journal of Education and Sciences (IRJES), vol. 1, no. 1, pp. 1-3, 2017.

Turuk, M. C. (2016). The Relevance and Implications of Vygotsky’s Sociocultural Theory in The Second Language Classroom, 5, 244–262.

Wang, H., Moore, T. J., Roehrig, G. H., & Park, M. S. (2011). STEM integration: Teacher perceptions and practice STEM integration. Teacher Perceptions and Practice.

Zamri Mahamod (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.