UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB2300 Higher Education
QH301 Biology
QH426 Genetics
Main Author :Fauziah Shaheen Sheh Rahman
Additional Authors :Nurul Izzah Shaarani
Nur ‘Assyakirin Mohamed Paid
Title :Pembangunan dan kebolehgunaan laman sesawang Population Genetics bagi Program Diploma Bioteknologi di Politeknik Nilai
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa impak besar kepada kehidupan dan budaya pada masa kini khususnya dunia pendidikan termasuklah di Malaysia. Aplikasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah memberikan dorongan baharu kepada strategi instruksional para pendidik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keperluan, membangunkan, dan menilai tahap kebolehgunaan laman sesawang Population Genetics sebagai bahan rujukan tambahan yang interaktif dan menarik bagi kursus DYB30073 Genetics yang ditawarkan kepada pelajar Diploma Bioteknologi di Politeknik Nilai. Dapatan analisis keperluan menunjukkan pelajar dan pensyarah sepakat memerlukan maklumat kursus, nota rujukan, pautan rujukan tambahan, bahan multimedia, tutorial, simulasi dan papan perbincangan dalam laman sesawang Population Genetics. Proses pembangunan laman sesawang ini adalah berpandukan model Hannafin dan Peck (1988) dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara. Bahan pembelajaran telah dibina berdasarkan teori kognitivisme, konstruktivisme dan pembelajaran sosial menerusi penggunaan elemen multimedia seperti video, grafik, dan teks dan memenuhi sukatan silibus yang telah ditetapkan untuk kursus DYB30073 Genetics. Laman sesawang ini mengandungi halaman seperti Homepage, Course Information, Modules, Tutorials and Simulation dan Contact Us. Sepanjang pembangunannya, maklum balas termasuklah cadangan penambahbaikan telah dikumpulkan secara formal dan tidak formal. Kaedah kuantitatif telah digunakan untuk menilai kebolehgunaan laman sesawang ini melalui soal selidik berskala Likert empat mata dan melibatkan 96 orang responden yang terdiri daripada pelajar dan pensyarah. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehgunaan laman sesawang Population Genetics berdasarkan keempat-empat aspek iaitu reka bentuk, organisasi kandungan, multimedia dan kemudahgunaan adalah tinggi dengan purata skor min antara 3.35 hingga 3.62. Ini menunjukkan laman sesawang yang dibangunkan ini berpotensi digunakan sebagai bahan rujukan tambahan yang menepati sukatan silibus Program Diploma Bioteknologi bagi topik Population Genetics.

References

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff, Wan Norina Wan Hamat, & Nor Khayati Basir. (2019). Penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran kursus mata pelajaran umum (MPU) di Politeknik. e-Bangi Journal of Social Sciences and Humanities, 16(5), 1–13. https://doi.org/https://www.researchgate.net/publication/331513390_Penggunaan_Aplikasi_Web_20_Dalam_Proses_Pembelajaran_Dan_Pengajaran_Kursus_Mata_Pelajaran_Umum_MPU_Di_Politeknik

Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff & Ammar Badruddin Romli. (2018). Kebolehgunaan Aplikasi Mudah Alih (Mobile Apps) Bagi Kursus Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam (M-ISTECH) Di Politeknik Malaysia. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of Education. 2(1), 18-28. 

Almeida, F., & Simoes, J. (2019). The role of serious games, gamification and Industry 4.0 tools in the Education 4.0 paradigm. Contemporary Educational Technology, 10(2), 120-136. 

Ai Nurlaelasari Rusmana, Arif Rachmatullah, Eni Nuraeni & Ha, M. (2021). The Genetics Conceptual Understanding of Indonesian and United States Undergraduate Biology Students. Asia-Pacific Science Education, 7(1), 197-225.

Almeida, F., & Simoes, J. (2019). The role of serious games, gamification and Industry 4.0 tools in the Education 4.0 paradigm. Contemporary Educational Technology, 10(2), 120-136.

Braxton, S., Bronico, K., & Looms, T. (1995). Instructional Design Methodologies and Techniques. Washington: The George Washington University.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik: Kaedah penyelidikan (Edisi kedua). McGraw-Hill.

Chua, Y. P. (2022). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan (Edisi Keempat). McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd 

Etobro, A. B., & Banjoko, S. O. (2017). Misconceptions of genetics concepts among pre-service teachers. Global Journal of Educational Research, 16(2), 121-128.

Hafizah Harun & Wajihan Ibrahim. (2010). Pembangunan Perisian Multimedia Bagi Subjek Sains Sukan Tingkatan 5 Bertajuk Sistem Kardiovaskular. Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository, 1-10.

Hannafin, M. J. & Peck, K. L. (1988). Instructor's Manual for The Design, Development, and Evaluation of Instructional Software. Macmillan Publishing Company: New York.

Ilmi Zajuli Ichsan et al. (2020). Covid-19 dan e-learning: Perubahan Strategi Pembelajaran Sains dan Lingkungan di SMP. Jurnal Inovasi Pendidikan (JINoP). 1: 50-61.

Ishak Johari, Syed Abdul Malik, Ahmad Sharif, Rasyidi Johan & Maizam Alias (2016). Analisis Keperluan Pembangunan Koswer Weblog Multimedia Interaktif dalam Pembelajaran Kejuruteraan Hidrologi. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia, 2016. Guru Berkualiti Pencetus Pendidikan Bermutu. Pada 13-15 November 2016, TH Hotel, Pulau Pinang.

Ishak Johari, Syed Abdul Malik, Ahmad Sharif, Rasyidi Johan & Maizam Alias (2018). Reka Bentuk Pembangunan Koswer Weblog Multimedia Interaktif dalam Pembelajaran Kejuruteraan Hidrologi. Prosiding Technology and Annovation International Confference 2018, (TECHON2018), Pada 03-05 Mei, 2018, Hotel Meritz, Miri, Sarawak.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir (2003). Asas Multimedia dan Aplikasi dalam Pendidikan. Diperolehi pada tarikh akses 11/10/2007 daripada http:www.jz.media.com.html.

Krejcie, R. V. & Morgan, D.W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.

Marlina Mohamad. (2016). Pembelajaran Pengaturcaraan Komputer di dalam Persekitaran Web Berdasarkan Prinsip Multimedia. Seminar TVET, (May), 9.

Masel, J. (2012). Rethinking Hardy-Weinberg and genetic drift in undergraduate biology. BioEssays, 34(8), 701–710. https://doi.org/10.1002/bies.201100178

Meirink, J. A., Imants, J., Meijer, P. C., & Verloop, N. (2010). Teacher learning and collaboration in innovative teams. Cambridge Journal of Education, 40(2), 161-181.

Mohamed Hussain Thowfeek & Mohamed Nainar Abdul Salam. (2014). Students’ assessment on the usability of E-learning websites. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 141, 916–922. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.05.160

Muhammad Zaiamri Zainal Abidin, Amira Firdaus & Md Azalanshah Md Syed. (2020). Keterlihatan Institusi di Alam Maya: Analisis Perbandingan Strategi Komunikasi Laman Sesawang Universiti Penyelidikan Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication. 36(4).

Noor Fadzilah Ab Rahman, Rafiza Kasbun & Nurkaliza Khalid. (2021). Kebolehgunaan Aplikasi Pembelajaran Struktur Data Berasaskan Teknologi Web Dan Multimedia. Malaysian Journal of Information and Communication Technology, 6(1), e-ISSN 0127-7812

Owoyele, S. (2017). Website as a marketing communication tool (Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan, Centeria University of Applied Sciences, Kokkola, Finland)

Pappas, C. (2017, March 30). Applying the Hannafin-Peck Model in E-learning. eFront Blog. Retrieved June 23, 2022, from https://www.efrontlearning.com/blog/2016/03/applying-the-hannafin-peck-model-in-elearning.html

Peters, D. (2014). Interface Designing for learning: Design Strategies for learning experiences. USA: New Riders & Pearson

Sazilah Sam. (2017). Pembinaan dan Pengujian Modul i-Think Matematik Tingkatan Tiga bagi Tajuk Rumus Algebra (tesis).

Sidek M. N. & Jamaludin A. 2005. Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Syahrul Nizam Junaini. (2014). Analisis Kebolehgunaan Laman Sesawang Perpustakaan Universiti Sebagai Portal Maklumat Sehenti. In Seminar Kepustakawanan UNIMAS 2014 (Vol. 8, pp. 17–25). Kota Semarahan, Sarawak.

Wan, L., Zhou, H.-K., & Wan, J. (2018). Design and Implementation of Android-based Data Structure Mobile Learning Platform. 2018 International Conference on Education, Management and Social Science (EMSS), 273–277. https://doi.org/10.12783/dtssehs/emss2018/24073

Williams, K. R., Wasson, S. R., Barrett, A., Greenall, R. F., Jones, S. R., & Bailey, E. G. (2021). Teaching Hardy-Weinberg equilibrium using population-level Punnett Squares: Facilitating calculation for students with math anxiety. CBE—Life Sciences Education, 20(2). https://doi.org/10.1187/cbe.20-09-0219

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.