UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF Commerce
Main Author :Shariffah Intan Syed Salleh
Title :Pendidikan perakaunan di politeknik : kesesuaian subjek perakaunan kewangan dengan keperluan semasa
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti pendapat dan perbezaan pendapat antara pensyarah dan pelajar Diploma Akauntansi (DAT) semester dua, tiga, lima dan enam mengenai kesesuaian subjek perakaunan kewangan di Politeknikpoliteknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan keperluan semasa dari aspek kandungan kursus dan kurikulum, pedagogi, pembangunan kemahiran dan perkembangan teknologi. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang dilibatkan selama tiga bulan dan melibatkan 244 orang responden dari politeknikpolitenik yang berada di daerah zon tengah Semenanjung Malaysia. Data-data kuantitatif yang diperolehi telah di dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 12. Analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Ujian Analisis Varians Satu Hala digunakan untuk mengenalpasti perbezaan pendapat antara responden. Hasil kajian menunjukkan responden secara umumnya bersetuju bahawa kurikulum pendidikan perakaunan dan kaedah pedagogi perlu diubah segera agar bersesuaian dengan keperluan masa kini. Responden juga konsisten dalam pendapat mereka mengenai kepentingan aspek pembangunan kemahiran dan aspek kemahiran teknologi yang perlu dikuasai oleh pelajar dan pensyarah DAT di Politeknik, walaubagaimanapun terdapat juga perbezaan pendapat yang signifikan di antara kumpulan responden yang dibuktikan oleh ujian ANOVA sehala.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.