UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :final_year_project
Subject :QA Mathematics
Main Author :Nurul Izzah Azizan
Title :Pembangunan modul aktiviti berpandukan perisian Geogebra bagi subtopik aplikasi kamiran tingkatan lima
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2023
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul aktiviti yang berpandukan perisian Geogebra bagi subtopik aplikasi kamiran sebagai bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan mengenal pasti tahap kebolehgunaan modul aktiviti dalam kalangan guru pelatih matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini dibangunkan kerana kekurangan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dalam mengaplikasikan pengetahuan asas kamiran dengan situasi sebenar. Keseluruhan kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan dan dibangunkan berasaskan model ADDIE. Bagi melaksanakan tinjauan, terdapat dua jenis instrumen yang digunakan iaitu Soal Selidik Kesahan Muka dan Kandungan Modul Aktiviti serta Soal Selidik Kebolehgunaan Modul Aktiviti. Kedua-dua instrumen ini menggunakan skala Likert 4 mata. Nilai kesahan Modul Aktiviti diukur menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK) manakala nilai kebolehgunaan pula dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan dan nilai min. Kajian rintis juga turut dijalankan ke atas 15 orang guru pelatih bagi mendapatkan kebolehpercayaan instrumen yang dianalisis menggunakan Cronbach Alpha. Dapatan kajian nilai Indeks Kesahan Kandungan (IKK) bagi kesahan kandungan 1.00. Terdapat 127 orang populasi daripada pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian (AT14) dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan (AT48) dan 92 orang sampel menjalankan kajian ini. Responden dipilih secara persampelan bertujuan menggunakan Jadual Krecjie dan Morgan (1970). Hasil analisis kajian rintis menunjukkan 0.77 manakala nilai purata min bagi kebolehgunaan modul aktiviti terhadap ketiga-tiga konstruk iaitu kebergunaan, kemudahan dan kepuasan adalah 3.66 dan sisihan piawai 0.34 yang tinggi. Kesimpulannya, kajian ini telah menghasilkan modul aktiviti yang baik dan sesuai untuk digunakan di sekolah. Oleh itu, Modul Aktiviti dapat membantu guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar yang sistematik.

References

Ahmad Rizal Alias (2017). Model Ramalan Permintaan Perumahan Mengikut Kategori Rumah di negeri Johor. Universiti Tun Hussein Onn. 

Anis Fazzah Ahmad Fakhruddin. (2018). Tahap Kesediaan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris Menggunakan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Azizi Ahmad. (2010). Pentaksiran pendidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Billinghurst, M. (2002). 

Azizi, Y. e. (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 

Blanchard, P.N., dan Thacker, J.W. (2004). Effective Training: Systems, Strategies, and Practices (2nd Ed.).Upper Saddle River, NJ: Person Education, Inc. 

Cheah, U. H., Teong, M. M., Tan, K. K., Ng, S. M., & Noor Adillah, O. (2016). Kesukaran Murid Menjawab Soalan Ujian Literasi Matematik Sekolah Menengah. Dalam TIMSS dan PISA Kajian Malaysia, 23-62. 

Cheng, L. H., Hassan, N. A., & Mustafa, N. Z. (2017). Penggunaan teknik LE-WI Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar PTS Dalam Menulis Formula Kamiran Luas Antara Lengkung. Penyelidikan & Inovasi Ke Arah Pendidikan Global (pp. -). Perak: Konvensyen Penyelidikan Pendidikan. 

Chua & Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1, Keadah Penyelidikan. Kuala Lumpur. 

Erlina, A., & Zakaria, E. (2014). Kesan penggunaan perisian geogebra ke atas keupayaan penyelesaian masalah dan pencapaian matematik pelajar. Jurnal 

Pendidikan Matematik, 2(1), 51-64. 

Faizah Ja'afar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Daerah Pontian. Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Faizal Nizam & Leow, W. T. (2017). Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Geometri Tingkatan Satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 14(1), 211–265. https://doi.org/10.32890/mjli2017.14.1.9. 

Faizatulhaida Md IsaAzlina Bt Hassan, S. H. (2017). Analisis Kesilapan Dalam Soalan Asas dan Aplikasi Pengamiran Kursus Matematik Kejuruteraan 2. Journal of Social Sciences and humanities, 1, 198-208. 

Gagné, E. D. (1985). The cognitive psychology of school learning. Boston, MA: Little, Brown and Company. 

Hamid, H., & Ismail, N. (2014). Kajian persepsi penerimaan dan perlakuan pelajar terhadap perisian GeoGebra. In A. Z. U. M. Japeri, & N. A. A. Razak (Eds.), Prosiding Kolokium Penyelidikan PTSB (243-253). Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. 

Haralambos dan Holborn (2000). Sociology Themes and Perspectives. 

Hoban, R.A. (2019). A resource for introducing students to the integral concept. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 50(4), 603-616. 

Isjoni (2009) Pembelajaran Kooperatif . Yogyakarta: Pustaka Pelajar. 

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan Venton.PTS Publications. 

Kamarul Azmi, J. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri I 2012 di Puteri Resort Melaka pada 28-29 Mac 2012. Dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah, 80350 Johor Bahru. 

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018), Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya 

Khairulazuad Husain, N. A. (2021). Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri Pengamiran (InSeL) Bagi Pelajar Matrikulasi. Journal of Science and Mathematics Letters, 9, 80-90. 

Khalid, S. N., Musa, M., Rahmat, F., Mohamed, N. A., & Mat, N. A. (2019). Pembangunan Dan Penilaian Modul Pengajaran STEM Dalam Bidang Statistik Dan Kebarangkalian Dalam KSSM Matematik Tingkatan Dua. Journal of Quality Measurement and Analysis, 15(2), 25-34. 

Kim, K. M., & Ali, R. M. (2016). Penggunaan GeoGebra Dalam Pembelajaran Matematik Melalui Pembelajaran Modular. International Seminar of Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA (pp. 147-154). Malaysia: Universiti Utara Malaysia. 

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational & Psychological Measurement, 30, 607-610.  

Lim Chong Hin. (2007). Educational research: Quantitative and qualitative approches. Shah Alam: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. 

Lynn, M.R. 1986. Determination and quantification of content validity. Nursing Research: 382-385. 

Maskar, S., & Dewi, P. S. (2020, November). Praktikalitas Dan Efektifitas Bahan Ajar Kalkulus Berbasis Daring Berbantuan GeoGebra. Jurnal Cendekia: Jurnal Pendidikan Matematika, 4(2), 888-899. 

Mohd Najib, G.(2003). Penyelidikan Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. 

Muhamad Hafizhuddin Abdul Rahman (2016). Kesan penggunaan modul pengintegrasian Geogebra topik trigonometri terhadap pencapaian dan motivasi bagi murid berpencapaian rendah. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak 

Nur, I. M. (2016, April). Pemanfaatan Program GeoGebra Dalam Pembelajaran Matematika. Jurnal Matematika dan Pendidikan Matematika, 5(1), 10-19. 

Norma Hassan. (2004). Hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar dengan minat pelajar tahun lima di Sekolah Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana yang belum diterbitkan. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Othman, S. N., Daud, N. A., & Mobidin, H. S. (2020). Keberkesanan Penggunaan Aplikasi Geogebra Terhadap Pencapaian Pelajar Politeknik Bagi Topik Pembezaan. Green Technology & Engineering (pp. 211-219). Tanjung Malim : Siti Noor Othman. 

Pallant, J. (2010). SPSS S. In SPSS Survival Manual A Step by Step Guide to Data Analysis using SPSS. 

Riduwan. (2012). Skala Pengukuran Variable-variable: Penelitian. Alfabeta, Bandung. 

Rohani Abd Wahab, Riyah Hidayat, & Fandi Zakaria, E. F. (2014). Analisis Kesilapan Dalam Pembelajaran Pengamiran. Jurnal Pendidikan Matematik, 2(2), 14-30. 

Sabitha Marican (2006). Penyelidikan Sains Sosial: Pendekatan Pragmatik. Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd. 

Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan Modul: Bagaimana Membina Modul Latihan dan Modul Akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 

Siti Hendon, S. A., Faizah, M. G., & Khir Johari, M. A.C(2017). Modul pengajaran dan pembelajaran tematik untuk menangani masalah pembelajaran murid-murid tercicir di sekolah bimbingan jalinan kasih. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 5(1), 7-18. 

Slavin, R. (2009). Cooperative learning: Teori riset dan praktik. Edisi Terjemahan Bandung: Nusa Media. 

Stephen B. Hulley. (2007). Designing Clinical Research. 

Suparno (2008), Filsafat Konstruktivisme dalam Pendidikan, (Yogyakarta, Kanisius, 2008), hlm. 28. 

Suryani, A.I., Anwar, Hajidin, & Rofiki, I. (2020). The practicality of mathematics learning module on triangles using GeoGebra. Journal of Physics: Conference Series, 1470, 012079. 

Susilahudin Putrawangsa & Uswatun Hasnah. (2018). Integrasi teknologi digital dalam pembelajaran di era industri 4.0 kajian dari perspektif pembelajaran Matematik. Jurnal Pemikiran dan Penelitian Pendidikan, 16(1), 42-54. 

Syahbana, A. (2016). Belajar menguasai GeoGebra (program aplikasi pembelajaran matematika. NoerFikri Offset. 

Syaubari, M. O., & Yunus, A. K. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pengajaran Akidah. Sains Humanika, 10(3). 

Thium Keng Kit. (2013). UMP Virtual Directory in Augmented Reality. Faculty of Computer System and Software Engineering. Universiti Malaysia Pahang. Light, G. a. (2001). Learning and TeacTeori Belajar Behavioristik. 

Thompson, P.W. (1992). Notations, conventions, and constraints: Contributions of effective uses of concrete materials in elementary mathematics. Journal for research in mathematics education, 23, 123–147. 

Umar, S. (1992). Research methods for business: A skill-building approach (ed ke-2). New York: Wiley & Son, Inc. 

Voon, L.L., Julaihi, N.H., & Tang, H.E. (2017). Misconceptions and errors in learning integral calculus. Asian Journal of University Education AJUE), 13(1), 17-39. 

Wei, K. K., Wooi, C. C., Omar, N. S., & Azid, K. A. (2021). Keberkesanan Penggunaan GeoGebra 3D Kalkulator Dalam Meningkatkan Kecekapan Pelajar Dalam Menentukan Isipadu Janaan. Journal in Technical and VOcational Education (JTVE), 6(2), 27-40. 

Zamri Mahamod (2012). Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 

Zuraidah, Y. (2006) Pembangunan Modul Perisian Multimedia Untuk Tajuk "Sifat Jirim" Peringkat Menengah Atas. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia. 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.