UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
STEM ialah pendidikan yang berteraskan kepada pengintegrasian empat bidang iaitu
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah
untuk membangunkan Modul Pengajaran Inkuiri 5E Berasaskan STEM bagi topik
impuls dan daya impuls dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat dan mengkaji
tahap kebolehgunaan modul dalam kalangan guru pelatih Fizik di UPSI. Kajian ini
adalah kajian reka bentuk pembangunan dan menggunakan model ADDIE sebagai
panduan untuk menyiapkan modul ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang
kesahan dan borang soal selidik kebolehgunaan. Seramai tiga orang pakar dalam bidang
Fizik telah dipilih dalam kajian ini untuk menilai kesahan muka dan kandungan bagi
modul dan borang soal selidik kebolehgunaan. Seramai 15 orang guru pelatih Fizik
semester tujuh dipilih secara persampelan rawak mudah bertujuan untuk menilai tahap
kebolehpercayaan dan 50 orang guru pelatih Fizik semester tujuh dan lapan adalah
untuk menilai kobolehgunaan. Kesahan dalam kajian ini diukur berdasarkan peratusan
persetujuan pakar, kebolehpercayaan dinilai melalui nilai Alfa Cronbach dan tahap
kebolehgunaan dinilai berdasarkan analisis deskriptif bagi memperoleh nilai min dan
sisihan piawai. Dapatan kajian mendapati purata peratusan persetujuan pakar bagi
kesahan muka modul dan kesahan kandungan modul adalah 97.2% dan 93.3%
manakala bagi kesahan muka borang soal selidik kebolehgunaan dan kesahan
kandungan borang soal selidik kebolehgunaan adalah 96.7% dan 95.0%.
Kebolehpercayaan pula mempunyai nilai keseluruhan Alfa Cronbach amat baik iaitu
0.84. Data kajian sebenar yang diperoleh telah dianalisis menggunakan purata nilai skor
min dan sisihan piawai untuk menilai kebolehgunaan modul bagi empat aspek dengan
purata keseluruhan nilai min dan purata keseluruhan nilai sisihan piawai adalah 3.84
dan 0.24. Kesimpulannya, implikasi kajian ini adalah dapat memberi pendedahan
kepada guru pelatih Fizik di UPSI terhadap pengintegrasian STEM dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi meningkatkan penglibatan aktif pelajar. |
References |
Adam N. A. & Halim L. (2019). Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia. Seminar Wacana Pendidikan 2019. Ahmad Nurulazam Mohd Zaid, Zurida Haji Ismail dan Mohd Ali Samsuddin (2004). Pengajaran Kontekstual: Bolehkah Menjadikan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Efektif? Georgetown: Universiti Sains Malaysia. Angell, C., Guttersrud, O., Henriksen, E. K., & Isnes, A. (2004). Physics: Frightful, but fun, pupils’ dan teachers’ views of physics and physics teaching. Science Education, 88(5), 683-706) Ayub A. M. (2019). Minat Dan Keyakinan Pelajar Terhadap Sains Kimia. International Conference on Global Education VII “Humanising Technology for IR 4.0”, Batang Padang. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2018. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kurikulum Standard Sekolah Menengan Fizik Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Baldwin, R. G. (2009). The Climate for Undergraduate Teaching and Learning in STEM Fields. Dalam Baldwin, R. G. (Ed.) Improving the Climate for Undergraduate Teaching and Learning in STEM Fields. (m.s. 9-18). San Francisco: Jossey-Bass. Bond, T. G. & Fox, C. M. 2015. Applying the Rasch Model Fundamental Measurement in the Human Sciences. Routledge. doi:10.1207/S15327574IJT013&4_10. Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. (2016). STEM Education in Malaysia: Reviewing the Current Physics Curriculum. Kertas kerja yang telah diterima untuk pembentangan dalam International Conference of Association for Science Teacher Education (ASTE), 7-9 Januari, Nevada, Amerika Syarikat. Capraro, R. M., Capraro, M. M., & Morgan, J. R. (2013). STEM project-based learning; An integrated Science,Technology, Engineering and Mathematics (STEM) approach (2nd edition). Rotterdam, TheNetherlands: Sense Publisher Carr-Chellman, A. A. (2011). Instructional design for teachers: Improving classroom practice. New York: Routledge. Cheung, L. (2016). Using the ADDIE model of instructional design to teach chest radiography interpretation.Journal of Biomedical Education. Chua Y.P. (2014). Kaedah penyelidikan (Edisi ketiga). Selangor: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2018). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. Los Angeles: SAGE. Erdogan, N., & Bozeman, T. D. (2015). Models of Project-Based Learning for the 21st century. In A Sahin (Ed.), A Practice-based Model of STEM Teaching STEM Students on the Stage (SOS) (pp. 31–42). Rotterdam: Sense Publishers. Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu & Mohammad Bilal Ali. (2014). Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Harun, M. A., Hamid, Z., & Wahab, K. A. (2016). Melahirkan warga yang berketerampilan bahasa: Kajian hubungan antara pengetahuan dengan amalan komunikatif dalam kalangan guru Bahasa Melayu. 9(9), 32–45. Harun, M. T., & Yaacob, M. I. H. (2021). Penilaian Kualiti Modul FZ-STEM: Aspek Kesahan dan Kebolehpercayaan. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia. 11, 107- 117. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.sp.10.2021. Hata N. F. H. & Mahmuh S. N. D. (2020). Kesediaan Guru Sains dan Matematik dalam Melaksanakan Pendidikan Stem dari Aspek Pengetahuan, Sikap dan Pengalaman Mengajar. Akademika, 90(3), 97. https://doi.org/10.17576/akad-2020-90IK3-07 Jamalludin, H., & Zaidatun, T. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan: PTS Publications & Distributors Jayarajah, K., Saat, R. M., & Rauf, R. A. A. (2014). A review of science, technology, engineering & mathematics (STEM) education research from 1999-2013: A Malaysian perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 10(3), 155–163 Kim, E. dan Pak, S. J. (2001). Students Do Not Overcome Conceptual Difficulties After Solving 1000 Traditional Problems. American Journal Physics. 70(7), 759-765. Lund, Arnold. (2001). Measuring Usability with the USE Questionnaire. Usability and User Experience Newsletter of the STC Usability SIG. 8 Nasohah U. N., Gani M. I. A. & Shaid N. M. (2015). Model ADDIE dalam Proses Reka Bentuk Modul Pengajaran: Bahasa Arab Tujuan Khas di Universiti Sains Islam Malaysia Sebagai Contoh. Proceedings of the International Seminar on Language Teaching ISeLT 2015. Neilson J., 2012, Usability 101: Introduction to Usability, //www.nngroup.com.articles/usability101-introduction-to-usability/ Nur Ain Johari. (2009). Pembangunan sistem berasaskan moodle untuk guru bagi menyokong pembelajaran aktif dalam mata pelajaran Fizik tingkatan 4. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Ramaley, J. A. (2009). The National Perspective: Fostering the Enchancement of STEM Undergraduate Education. Improving the Climate for Undergraduate Teaching and Learning in Stem Fields. (117), 69-82. Reinbold, S. (2013). Using the ADDIE model in designing library instruction. Medical Reference ServicesQuarterly. 3, 244-256. Rohana Atan & Shahanom Noordin. (2008). Hubungan antara amalan kerja amali dengan pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam tajuk daya. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Jurnal Pendidikan Fisika dan Teknologi. 2(2). https://doi.org/10.29303/jpft.v2i2.290 Sanders, M. (2009). STEM, STEM education, STEMmania. Technology Teacher, 68(4), 2. Sidek Mohd Noah & Jamaludin Ahmad. (2005). Pembinaan modul: Bagaimana membina modul latihan dan modul akademik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Simbolon, M., Mulyono, Surya, E. Syahputra, E. (2017). The Efforts to Improving the Mathematical Critical Thinking Student’s Ability through Problem Solving Learning Strategy by Using Macromedia Flash. American Journal od Education Research. 5(7), 725-731. Siong, Wong Weng; OSMAN, Kamisah. Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan STEM dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti. Journal of Social Sciences and Humanities, 3 (1), 121-135. Sugiana, N., Harjono, A., Sahidu, H., & Gunawan. (2016). Pengaruh Model Pembelajaran Generatif Berbantuan Media Laboratorium Virtual Terhadap Penguasaan Konsep Fisika Siswa pada Materi Momentum dan Impuls. Tseng, K., Chang, C., Lou, S., & Chen, W. (2013). Attitudes towards science, technology, engineering and mathematics (STEM) in a project-based learning (PjBL) environment. 23(1), 87–102. https://doi.org/10.1007/s10798-011-9160-x Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Wan Jalaini Razak (2012, April 13). Muhyiddin Tegur Dong Zong. Berita Harian. p. 6. Zahri Ramlan. (2017). Reka bentuk modul latihan perkembangan profesional guru dalam persekitaran pembelajaran maya. (Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang tidak diterbit). Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Zaiton Daud dan Shaharom Noordin (2008). Tahap Pencapaian Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Bagi Pelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru Merentas Jantina. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik 2008. Universiti Teknologi Malaysia.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |