UPSI Digital Repository (UDRep)

Kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet : satu perbandingan antara ladang Huntley, Ladang Harcroft dan ladang Sungai Wangi, daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan

AVAILABLE Thesis 643 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet : satu perbandingan antara ladang Huntley, Ladang Harcroft dan ladang Sungai Wangi, daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan
Type
Thesis
Main Author
Subramaniam Karuppanan
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2006
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti, menganalisis dan membandingkan status sosioekonomi dan ciri-ciri kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja estet antara Ladang Huntley (milik perseorangan), Ladang Harcroft (milik keluarga) dan Ladang Sungai Wangi (milik syarikat) di Daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Kajian ini menganalisis sebab-sebab kemiskinan masih berterusan di estet serta peranan dan tanggungjawab kerajaan dan NUPW dalam mengatasi masalah kemiskinan di kalangan pekera-pekerja estet. Dapatan kajian menunjukkan kadar kemiskinan di Ladang Huntley (25.0 peratus) dan Ladang Harcroft (25.0 peratus) adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan Ladang Sungai Wangi (13.0 peratus). Secara keseluruhan, kadar kemiskinan di estet adalah jauh lebih tinggi daripada kadar kemiskinan negara, iaitu 5.2 peratus pada tahun 2002. Pekerja-pekerja estet terutamanya di Ladang Huntley dan Ladang Harcroft masih tidak menikmati kemudahan-kemudahan asas yang baik dan sempurna. Mereka masih miskin dalam beberapa aspek sosioekonomi seperti status persekolahan, pemilikan dan keadaan rumah, tingkat pendapatan, pemilikan harta benda dan seumpamanya. Analisis kajian menunjukkan kadar kemiskinan adalah lebih tinggi di kalangan KIR perempuan yang majoritinya merupakan janda /balu, KIR yang sudah berumur atau tua, KIR yang tidak pernah bersekolah atau berpendidikan rendah dan KIR yang mempunyai saiz IR yang besar dan bilangan tanggungan yang ramai. Dari segi pendapatan dan saiz IR, tidak terdapat perbezaan min pendapatan dan saiz IR antara ketiga-tiga estet. Tetapi, terdapat perbezaan min perbelanjaan antara Ladang Huntley dan Ladang Sungai Wangi. Perbelanjaan IR pula banyakdipengaruhi olehtingkat pendapatan dan saizIR. Sebab-sebab kemiskinan adalah berpunca daripada upah dan gaji yang rendah, sikap pesimis pekerja, status persekolahan yang rendah dan mobiliti ekonomi dan sosial yang terhad. Analisis kajian juga menunjukkan kerajaan dan NUPW mempunyai peranan dan tanggungjawab yang penting dalam mengatasi masalah kemiskinan di kalangan pekerja-pekerja.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.