UPSI Digital Repository (UDRep)

Mekanisme penyelesaian pertikaian wilayah antara Malaysia dengan negara jiran: kajian kes sempadan laut Sulawesi dan Limbang

AVAILABLE Thesis 722 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Mekanisme penyelesaian pertikaian wilayah antara Malaysia dengan negara jiran: kajian kes sempadan laut Sulawesi dan Limbang
Type
Thesis
Main Author
Nadirah Mohd Azmi
Subject
G Geography. Anthropology. Recreation
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2011
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Sebagai sebuah negara membangun yang terletak strategik di rantau Asia Tenggara, Malaysia berdepan dengan ancaman pertikaian wilayah dan maritim daripada negara-­negara jirannya terutama sekali selepas Pengisytiharan Peta Baru tahun 1979. Berdasarkan isu pertikaian ini, persoalan kajian yang di bincangkan adalah untuk melihat kepentingan mekanisme rundingan secara bilateral berbanding mekanisme lain dalam menyelesaikan pertikaian wilayah melalui dua kajian kes yang dipilih iaitu kes sempadan Laut Sulawesi dan Limbang. Terdapat tiga objektif utama kajian ini. Pertama menganalisa sorotan isu-isu pertikaian wilayah yang pemah dihadapi Malaysia serta mekanisme yang dipilih. Kedua, mengkaji mekanisme yang dipilih serta faktor yang mengekang konflik tersebut melalui kajian kes pertikaian di Laut Sulawesi dan di Limbang dan ketiga mengkaji sejauhmana mekanisme rundingan secara bilateral berkesan untuk digunakan dalam kajian kes sempadan Laut Sulawesi dan Limbang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bagi pengumpulan data dan maklumat serta mengaplikasikanteori liberalisme serta konsep-konsep seperti kebergantungan, kerjasama serta konflik dan pengurusan konflik sebagai panduan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa Malaysia memilih untuk menggunakan pendekatan rundingan bilateral berbanding mekanisrne secara multilateral bagi mempertahankan kepentingannya dari  sudut wilayah yang dituntut tersebut dan pada masa yang sama bertindak untuk menjaga hubungan baik dengan negara jiran akibat kebergantungan yang wujud. Malaysia mengelak daripada menggunakan mekanisme multilateral atau campur tangan pihak ketiga dalam menyelesaikan pertikaian kerana wujud kelemahan mekanisme tersebut yang antaranya adalah penglibatan pelbagai pihak dalam isu pertikaian wilayah antara dua negara hanya akan merumitkan penyelesaian yang bakal diperoleh. Mekanisme ini juga dipilih disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti faktor keselamatan, ekonomi serta sosial. Pengaruh faktor-­faktor ini dilihat mempengaruhi pertimbangan Malaysia dalam membuat keputusan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.