UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Siti Norashikin Mastun
Title :Tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan Bawah 12 tahun di daerah Kota Belud
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat tahap kecergasan fizikal pelajar-pelajar perempuan berdasarkan kategori umur 10,11 dan 12 tahun di daerah Kota Belud. Seramai 180 orang pelajar perempuan sekolah rendah yang berumur 10,11 dan 12 tahun telah dipilih sebagai sampel kajian. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan beberapa jenis instrumen kajian Prudential FITNESSGRAM@ (Cooper Institute for Aerobics Research, 1992),manakala bagi melihat komposisi badan dan peratusan lemak badan norma body mass indeks (BMI) telah digunakan.Analisis ANOVA sehala dan skor T telah digunakan bagi melihat tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan sampel kajian..Keputusan mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi setiap kategori umur (p =.000, p < O.OOS) dengan pelajar dalam kategori umur 12 tahun menunjukkan tahap kecergasan yang tinggi..bagi ujian menguji dayatahan kardiovaskular..Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kategori umur (p = 371,__p > 0.005. Keputusan kajian juga menunjukkan pelajar dalam kategori umur 12 tahun menunjukkan prestasi yang baik dalam kekuatan otot deltoid dan triceps (P = .001, P 0.005), manakala pengkelasan BMf dibezakan melalui peratusan. Pelajar yang berada didalam kategori umur 12 tahun seramai 48 orang (80%),pelajar yang berumur 11 tahun seramai 40 orang (68%) pelajar yang berumur 10 tahun seramai 32 orang (S3%).Penyelidik mendapati majoriti subjek berada dalam kategori berat badan unggul dan (66.S %) daripadanya adalah daripada kumpulan umur 12 tahun. Kesimpulannya faktor umur memainkan peranan yang penting didalam menentukan pencapaian skor ujian kecergasan fizikal kerana hampir keseluruhan pencapaian skor terbaik didominasi oleh kumpulan umur 12 tahun walau bagaimanapun penyelidik mendapati pencapaian skor subjek masih di tahap sederhana,pencapaian skor akan menjadi lebih baik sekiranya subjek pernah didedahkan dengan ujian-ujian kecergasan fizikal sebelum ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.