UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Robe\'ah Yusuf
Title :Perilaku membisu pekerja Melayu dalam organisasi Jerman di Malaysia
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Institut Peradaban Melayu
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Isu perilaku membisu dalam organisasi penting untuk dikaji kerana memberi kesan kepada aspek teoritikal dan praktikal kepada pihak pengurusan organisasi khususnya organisasi multinasional. Memandangkan isu ini masih kurang diberi perhatian di Malaysia, maka kajian ini memberi fokus kepada perilaku membisu dalam kalangan pekerja Melayu dalam organisasi Jerman yang beroperasi di Malaysia. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh iklim komunikasi, tarikan penampilan dan jenis personaliti (ekstrovert-introvert) terhadap perilaku membisu serta mengenal pasti faktor demografi seperti tempoh perkhidmatan dan kemahiran bahasa sebagai penyederhana (moderator) dalam mempengaruhi hubungan antara personaliti (ekstrovert-introvert), iklim komunikasi, tarikan penampilan terhadap perilaku membisu sebagai pemboleh ubah terikat. Kaedah kuantitatif digunakan untuk mengumpul data dengan pengedaran borang soal selidik kepada 360 orang pekerja Melayu di empat sektor utama (industri, perkhidmatan, perbankan, pendidikan/lainlain). Lokasi kajian ditumpukan di Lembah Klang khusunya estet perindustrian utama di negara kita. Kajian ini mendapati iklim komunikasi, tarikan penampilan dan jenis personaliti (ekstrovert-introvert) mempengaruhi perilaku membisu secara signifikan. Ini bermakna terdapat isu-isu yang mempengaruhi tingkah laku pekerja Melayu dalam penyampaian maklumat ke atas. Dapatan kajian ini dapat membantu pengurusan mengenal pasti tingkah laku pekerja Melayu dengan penggalakkan penyaluran maklumat secara holistik dalam organisasi. Menariknya, pandangan ketua terdekat berbangsa Jerman terhadap para pekerja Melayu ini adalah positif dan menganggap bahawa pegangan masyarakat dan agama boleh mempengaruhi perilaku para pekerja Melayu yang difokuskan. Kajian ini juga menyumbang pengetahuan tentang sikap pekerja khususnya bangsa Melayu dari segi teoritikal, praktikal dan sudut pandangan orang Melayu apabila bekerja dalam organisasi multinasional.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.