UPSI Digital Repository (UDRep)

Kaedah al tikrar dalam membantu penguasaan membaca doa harian dalam kalangan kanak-kanak tadika

AVAILABLE Article 690 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Login required to access this item.
General Information
Title
Kaedah al tikrar dalam membantu penguasaan membaca doa harian dalam kalangan kanak-kanak tadika
Type
Article
Main Author
Nur Suaidah Hayati Abidin
Additional Authors
  • Azizah Zain
  • Siti Nurshuhada Azman
  • Rosni Mat Akil
Subject
LB Theory and practice of education
PJ Semitic
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2022
Degree Type
Not related
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai “kaedah al tikrar dalam membantu penguasaan membaca doa harian dalam kalangan kanak-kanak tadika”. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak dalam bacaan doa harian kaedah al-tikrar dan kaedah pengajaran biasa. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Pendekatan ini lebih memfokuskan kepada penggunaan quasi eksperimen bagi menguji kaedah al-tikrar. Quasi eksperimen membawa maksud kanak-kanak akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan (kaedah al-tikrar) dan kumpulan kawalan (pengajaran biasa). Hasil tinjauan yang dilakukan melalui kaedah quasi eksperimen ini seramai 24 orang kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun telah melibatkan diri. Kajian ini dilaksanakan untuk membantu guru mengenal pasti keberkesanan kaedah al-tikrar dalam mengajar bacaan doa harian kanak-kanak. Sampel kajian ini terdiri daripada 24 orang kanak-kanak dan 140 orang guru tadika yang menjawab soal selidik. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif berdasarkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak dapat menguasai penguasaan bacaan doa harian mereka dengan min 2.71. Tahap penguasaan kanak-kanak menggunakan kaedah al-tikrar adalah tertinggi iaitu 3.00. Dapatan untuk pandangan guru terhadap keberkesanan penggunaan kaedah al-tikrar dalam bacaan doa harian kanak-kanak dengan min 4.57. Oleh itu, melalui kaedah al-tikrar ini dapat membantu dan memudahkan kepada kanak-kanak membaca doa dengan lancar. Sehubungan itu, kaedah al-tikrar ini juga boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara seperti membaca secara berirama, secara bersama-sama, secara bergilir-gilir, berpusatkan kanak-kanak dan berpusatkan bahan.

References

Azizah, N. (2019). Interpretasi Mufassir terhadap Tikrar kisah nabi Adam dalam Al-qur’an (Doctoral dissertation,UIN Sunan Ampel Surabaya).

Malaysia, K. P. (2016). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017. Putrajaya, Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mohamed Isa, Z. (2019). The Use of the Storybook Stages and Its Effect On The Appearance of Children’s Literacy (1 - 23). Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 3(1), 1-23. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/ index.php/JPB/article/view/2390

Tukiman, N. B. (2017). Peningkatan kemahiran menghafaz surah dan doa kanak-kanak prasekolah melalui pendekatan berasaskan teori kecerdasan pelbagai. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 2(1).

Zain, A. (2010). Penggunaan bacaan berulang dapat mempertingkatkan kelancaran dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. In Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8–10 November 2010, (November) (pp.311-320).

Isa, Z. M., & Hamid, N. A. A. (2012). PARENTAL ROLE IN ENSURING THE ACHIEVEMENT OF LITERACY PRESCHOOL CHILDREN WHILE BEING AT HOME (60-69). Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 5, 60-69.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.