UPSI Digital Repository (UDRep)

Tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki Bawah 16 tahun di SMK Penrissen No.1, Kuching, Sarawak

AVAILABLE Thesis 696 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki Bawah 16 tahun di SMK Penrissen No.1, Kuching, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Ahat@Salim Angas
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki bawah 16 tahun yang mewakili SMK Penrissen No.1, Kuching. Seramai 20 orang subjek terlibat bagi ujian ketangkasan, iaitu ujian Lari Ulang-alik 30 kaki, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Larian Ketangkasan SEMO. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sepuluh orang subjek kumpulan eksperimen dan sebahagian lagi dalam kumpulan kawalan. Kaedah ujian-t 'paired sample test ' dan 'independent sample test' digunakan bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dan pra-ujian dengan pasca ujian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap ketangkasan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan selepas menjalani intervensi kajian (Iatihan ketangkasan dan tanpa latihan ketangkasan) dalam Ujian ulang-alik (p=.OOI) Ujian Larian SEMO (p=.OOO) dan Ujian Ketangkasan Illinois (p=.014). Keputusan menunjukkan pemain yang menganggotai kumpulan eksperimen lebih tangkas secara signifikan daripada pemain kumpulan kawalan setelah menjalankan latihan ketangkasan selama lima minggu. Oleh itu, perlu ada ujian dan latihan yang terancang dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan tahap ketangkasan pemain bola sepak supaya dapat menghasilkan kemahiran, teknik dan mutu permainan yang optimum di sekolah ini.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.