UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Siti Nurashikin Abu
Title :Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar tingkatan empat : satu kajian di Wilayah Persekutuan Labuan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2005
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian im bertujuan untuk mengkaji tahap kewujudan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, bangsa, jurusan, pekerjaan ibubapa/penjaga dan cita-cita. 250 sampel pelajar tingkatan 4 dipilih dari empat buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat empat pemboleh ubah ciri-ciri keusahawanan yang digunakan dalam kajian iaitu kreativiti dan inovasi, keyakinan kendiri, lokus kawalan dalaman dan kesanggupan menerima risiko. Untuk menjawab persoalan kajian, dua jenis statistik iaitu statistic deskriptif dan statistik inferens digunakan. Analisis statistik deskriptif mengkaji ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Hasil dari analisis statistik deskriptif mendapati ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar adalah sederhana tinggi. Ciri-ciri keusahawanan yang paling menonjol adalah kesanggupan menerima risiko. Analisis inferens pula mengkaji ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi. Tiada perbezaan ciri-ciri keusahawanan bagi pembolehubah demografi berdasarkan bangsa, pekerjaan ibubapa/penjaga dan cita-cita. Namun, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri keusahawanan berdasarkan jantina. Didapati pelajar lelaki mempunyai min keusahawanan yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Manakala bagi pembolehubah jurusan, wujud dua perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri kreativiti dan inovasi iaitu antara pelajar aliran sains dan perdagangan; dan perdagangan dan vokasional.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.