UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Amirul Azwan Bin Nor Azman
Title :Perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur empat tahun dengan kanak-kanak berumur lima tahun
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti perbezaan tahap pencapaian pengecaman cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur empat tahun dengan kanak-kanak berumur lima tahun. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan berlandaskan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti tahap pencapaian cetakan persekitaran berumur empat tahun dan juga lima tahun. Pada masa yang sama, pengkaji juga akan melihat perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran yang membabitkan dua peringkat umur kanak-kanak tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kuantitatif yang berbentuk tinjauan. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 60 orang kanak-kanak di mana 30 orang kanak-kanak merupakan kanak-kanak berumur 4 tahun dan bakinya merupakan kanak-kanak berumur 5 tahun. Sampel ini diambil daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan tadika di sekitar kawasan Tanjong Malim. Instrumen yang digunakan dalam pelaksanaan kajian adalah ujian cetakan persekitaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pencapaian cetakan persekitaran kanak-kanak berumur 4 tahun adalah baik dengan jumlah skor min yang diperoleh kanak-kanak 4 tahun adalah 12.27 manakala tahap pencapaian cetakan persekitaran kanak-kanak 5 tahun menunjukkan mereka berada pada tahap yang baik dengan jumlah skor min 14.03. Seterusnya, perbezaan tahap pencapaian cetakan persekitaran antara kanak-kanak berumur 4 dan juga 5 tahun adalah tidak signifikan. Perkara ini diperoleh hasil daripada min skor bagi kedua-dua peringkat umur kanakkanak tersebut mencatatkan min 11-15 skor min berdasarkan jadual 4.2 dan kedua-duanya berada pada tahap yang baik. Akan tetapi, min skor yang dicatatkan oleh kanak-kanak berumur 5 tahun adalah lebih tinggi berbanding kanak-kanak berumur 4 tahun. Perkara ini menunjukkan bahawa keputusan hipotesis alternatif adalah tidak signifikan tetapi mempunyai perbezaan berdasarkan skor min keseluruhan.

References

Bacotang, J., Mohamed Isa, Z., Che Mustafa, M., Arshad, M., & Omar, A. (2019). ADDIE MODEL APPLICATION IN THE EARLY LITERATURE MODULE (LIT-A MODUL) DEVELOPMENT FOR EARLY CHILDHOOD (1 - 10). Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 9(2), 1-10. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPB/article/view/2468

Zainiah Mohamed Isa & Jupri Bacotang. (2014). Kemahiran Literasi Awal bagi Kanak-kanak Taska. Conference: Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak 2014.

Isa¹, Z. M., Bacotang, J., & Mustafa, M. C. (2018). Pencapaian kemahiran literasi awal kanak-kanak berusia 2, 3 dan 4 tahun.

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.