UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QC Physics
Main Author :Khairul Bariyah Abd Kadir
Title :Analisis eksploratori pemahaman konsep jirim dan haba dalam kalangan murid sekolah rendah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menilai pemahaman konsep Jirim dan Haba dalam kalangan murid sekolah rendah. Kaedah kuantitatif yang digunakan dalam kajian ini melibatkan 289 murid sebagai responden daripada enam buah sekolah rendah di sekitar Selangor dan Perak. Instrumen yang digunakan ialah dua set soalan ujian bagi tajuk Jirim dan Haba yang setiap satunya mengandungi enam item soalan terbuka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap prakonsepsi murid-murid Tahun Tiga berada di tahap tinggi bagi konsep Jirim dan Haba. Walaubagaimanapun, bagi murid- murid Tahun Lima, tahap miskonsepsi adalah sederhana. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan murid mengalami kesukaran dalam menerangkan sifat jirim, menjelaskan perubahan fasa yang berlaku terhadap jirim serta mendefinisikan konsep haba. Kesimpulannya, miskonsepsi dalam kalangan murid Tahun Lima terhadap tajuk Jirim dan Haba masih kekal walaupun mereka telah mempelajari tajuk ini selama dua tahun. Implikasi kajian adalah guru seharusnya cuba sedaya upaya mengatasi miskonsepsi murid dalam tajuk Jirim dan Haba dan seterusnya dapat mengamalkan aktiviti pedagogi yang sesuai untuk mengurangkan dan mengatasi masalah ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)