UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Seni cetakan merupakan satu cabang seni halus yang tumbuh seiring dengan perkembangan seni rupa moden Malaysia. Pasca merdeka, memperlihatkan gagasan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 memberi pengaruh besar dalam dunia seni rupa moden Malaysia dalam mengimbagi isu budaya tempatan dan sosial. Intipati visual di dalam karya seni cetak turut dipengaruhi dengan perlambangan simbol dari subjek alam dan persekitaran bagi menyampaikan mesej budaya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti fungsi imej katak dalam karya seni cetakan konvensional. Penulisan ini adalah untuk menganalisis serta mengkaji konteks dan makna subjek katak sebagai suatu simbol dalam karya seni cetakan. Pendekatan kajian menggunakan kaedah kualitatif yang dijalankan dengan cara pengumpulan data primer dan sekunder melalui observasi, temubual dan dokumentasi. Tiga buah karya cetakan konvensional yang memaparkan imej katak dipilih untuk di analisis. Hasil dapatan mendapati penggunaan simbol haiwan katak didalam karya digunakan sebagai suatu bentuk komunikasi bagi menyampaikan mesej secara lebih bersantun dan tersirat. Ianya mengklasifikasikan sosio budaya dari aspek alam persekitaran, kebudayaan, sosial melalui perkaitan antara simbol, konteks dan makna. Walaupun mempunyai persamaan dari segi penggunaan imej katak sebagai simbol perlambangan, namun gambaran mesej yang ingin disampaikan oleh setiap pengkarya membawa kepada maksud yang berbeza - beza. Kesimpulannya, penggunaan subjek katak sebagai tema tidak terhad sekadar menghasilkan imej visual dalam karya semata-mata tetapi merupakan perlambangan dalam menyampaikan maksud. Secara tidak langsung karya-karya ini mengetengahkan mesej dan respon kepada sosio budaya tempatan yang berlaku di MalaysiaAbstrak adalah ringkasan kajian yang dijalankan oleh penulis. |
References |
Daud, N., Kamarulzaman, U., & Parlan, N. H. Simbolisme Haiwan dalam Peribahasa Melayu. Hamidah Abdul Wahab. (2013). “Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak”. International Journal of The Malay World and Civilisation (Iman), 1 (1), 89-97). Hidayat, L. M. (2021). Simbolisme Katak dalam Upacara Meminta Hujan Babangkongan di Desa Surawangi Kabupaten Majalengka. Panggung, 31(3). Husain, A. H. (2014). Adaptasi Rupa Melayu Dalam Karya Seni Tampak Moden Malaysia. In Seni Pendidikan & Kebudayaan (pp. 1–10). Penerbitan Malim Sarjana. Ismail, N., Senin, N., & Azizan, N. I. (2021). Kepercayaan Masyarakat Hindu Terhadap Kesucian Lembu: Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Universiti. Jurnal Pengajian Islam, 231-242. Retrieved from https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/70 Kebudayaan, B. D. (2021). Dasar Kebudayaan Negara 2021. Putrajaya: MZR Global Sdn Bhd. Retrieved from https://www.motac.gov.my/en/download/category/123-dasar-kebudayaan-negara-2021 Long, T. S. (1993). Kedudukan Seni Cetak Dalam Dekad 70-an. Dlm. Katalog Pameran Komunikasi Melalui Grafik – Seni Cetak. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara. Mahamood, M (2003). Seni Cetak Malaysia. Dewan Bahasa, Julai 2003. Marzuki Hj Ibrahim. (2015). Fungsi seni visual kepada masyarakat. Machang: Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UITM. Md. Noor, R. (2014). Seni cetak dulu dan kini dalam perkembangan seni rupa di Malaysia / Rosiah Md. Noor...[et al.]. Mohd. Ghazali Abdullah (2008). Simbolisme dalam Puisi “Madu Ilmu” Karya Shafie Abu Bakar.Jurnal Aswara: 187-205. Mohd. Top @ Mohd. Tah, M., & Simon, N. (2020, May 21). KEDIAMAN ANDA DAN KATAK. Https://Www.Majalahsains.Com/. Retrieved July 30, 2022, from https://www.majalahsains.com/kediaman-anda-dan-katak/ Poespoprodjo, W. (1987). Interprestasi: Beberapa catatan pendekatan filsafatinya. Bandung: Penerbit Remadja Karya. Rohidi, T.R. (2011). Metodologi penelitian seni. Semarang: Penerbit Cipta Prima. Saidatul, N. H. M, Mohd. R. S. (2013) Haiwan Sebagai Perlambangan Dalam Peribahasa Orang Semai. Retrieved on December 15, 2020, from https://ejournal.ukm.my/gema/article/view/2224 Sapinah, H, S. (2013). Kamus peribahasa Melayu. Malaysia: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd. Wong, O. G., & Nordin, F. N. (2019). Imejan haiwan dalam kartun lerang Langkawit melalui pendekatan ikonografi. Jurnal Kinabalu, 50-71.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |