UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :JQ Political institutions Asia
Main Author :Devi Maniam
Title :Penerimaan penilaian prestasi Sistem Saraan Malaysia di kalangan guru-guru sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penilaian prestasi sering menjadi isu kontroversi di kalangan kakitangan di jabatan awam ataupun  swasta di mana-mana negara di dunia ini. Sektor awam di Malaysia melaksanakan  penilaian  prestasi   melalui  Sistem  Saraan  Malaysia  yang telah diperkenalkan sejak tahun 2002. Objektif kajian ini  ialah untuk melihat hubungan jantina, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan guru dengan tujuan  penilaian prestasi dan penerimaan Penilaian Tahap Kecekapan di kalangan guru-guru Sekolah Menengah  di Daerah Batang Padang. Kajian ini juga membincangkan hubungan di antara faktor sikap penilai,  teknik penilaian prestasi dan kemahiran pegawai penilai dengan tujuan dan kesan penilaian prestasi  dalam Sistem Saraan Malaysia. Sebanyak 200 soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Batang Padang, Perak.  Kaedah persarnpelan rawak digunakan untuk mendapatkan data dari responden kajian. Sebanyak 150 soal  selidik telah diterima kembali dari responden. Pembolehubah bebas dalam kajian ini ialah faktor  demografi guru dari segi jantina, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan guru. Pembolehubah bebas  yang lain ialah sikap pegawai penilai, teknik penilaian prestasi dan kemahiran pegawai penilai.   Manakala pembolehubah  bersandar  ialah penerimaan  tujuan  penilaian prestasi, penerimaan kesan  dan penerimaan Penilaian tahap kecekapan. Dapatan kajian menunjukkan tida perbezaan di antara  faktor jantina, pengalaman mengajar dan tahap pendidikan dengan tujuan penilaian pretasi dan  penerimaan Penilaian Tahap Kecekapan. Kajian juga mendapati wujud korelasi  yang signifikan di  antara sikap dan kemahiran pegawai penilai dengan  penerimaan tujuan dan kesan penilaian prestasi.  Manakala hubungan di antara teknik penilaian prestasi dengan tujuan adalah tidak signifikan. Tetapi  teknik penilaian mempunyai hubungan yang signifikan dengan penerimaan kesan penilaian prestasi.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)