UPSI Digital Repository (UDRep)

Permasalahan rumah tangga di kalangan suami isteri:kajian kes di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor

AVAILABLE Thesis 837 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Permasalahan rumah tangga di kalangan suami isteri:kajian kes di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor
Type
Thesis
Main Author
Nurul Hashimah Mat Rani
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2010
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan rumahtangga di kalangan suami isteri yang  membuat aduan masalah rumahtangga di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAID Hulu Langat).  Antara faktor demografi yang dikaji adalah seperti jantina, umur, tempoh perkahwinan, status aduan,  kehadiran sesi rundingcara dan kaunseling, tahap pendidikan, jenis pekerjaan serta pendapatan  pasangan suami isteri yang telah membuat aduan masalah rumahtangga di PAID Hulu Langat. Pengkaji  telah menggunakan metodologi kajian kes dengan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan  data. Kajian ini telah dijalankan di Unit Undang­ Undang Keluarga di PAID Hulu Langat dan sebanyak  261 fail aduan masalah kekeluargaan telah dianalisa bagi memenuhi tujuan kajian ini. Hasil dapatan  kajian menunjukkan bahawa permasalahan yang sering wujud dalam hubungan suami isteri yang membuat  aduan di PAID Hulu Langat adalah seperti pengabaian nafkah zahir dan batin, masalah kewangan,  komunikasi, suami atau isteri yang panas baran dan memukul pasangan atau anak, suami atau isteri  yang mengabaikan tanggungjawab kepada pasangan dan anak, kecurangan dan wujudnya pihak ketiga,  poligami, masalah berjudi, arak, dadah dan ganja, masalah akhlak, masalah seksual, campur tangan  keluarga, suami menganggur dan tidak bekerja tetap serta suami yang meninggalkan isteri. Daripada  kajian yang dijalankan, sebanyak 55.2 peratus daripada keseluruhan pasangan suami isteri yang  membuat aduan masalah rumahtangga di PAID Hulu Langat mengambil keputusan untuk bercerai dan  membubarkan perkahwinan mereka. Selain itu, sebanyak 59.8 peratus suami atau isteri atau kedua-dua  pasangan suami isteri yang hanya hadir pada sesi pertama dan kedua sesi rundingcara dan kaunseling  di PAID Hulu Langat dan kebanyakannya hanya bertujuan untuk memenuhi prosedur mahkamah bagi proses penceraian.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.