UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Madiah Ansi
Title :Faktor-faktor ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di SMK Bukit Assek Sibu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 di Sekolah Menengah  Kebangsaan Bukit Assek Sibu Sarawak. Faktor-faktor yang dikaji adalah faktor sikap pelajar, faktor  rakan sebaya, faktor ibu bapa dan faktor guru.  Kajian ini telah menggunakan soal selidik sebagai  instrumen dan melibatkan seramai 30 orang responden.  Kaedah  persampelan  yang  digunakan  ialah   persampel  bukan kebarangkalian iaitu persampelan bertujuan. Kajian rintis yang dijalankan di  Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Assek terhadap 30 orang responden dan nilai alpha cronbach adalah  0.81.  Data-data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages  for Social Science) versi 21 . Kolerasi Pearson, ANOVA, Ujian-t, Peratus, Min dan Sisihan Piawai  telah digunakan untuk menguji persoalan kajian.  Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat  perbezaan yang signifikan antara faktor sikap pelajar, faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan  faktor guru berdasarkan gender dan kaum.  Dapatan kajian menunjukkan semua faktor mempunyai  hubungan yang signifikan dengan pembolehubah-pembolehubah yang Iain kecuali hubungan antara faktor  ibu bapa dengan faktor guru.  Kajian ini mendapati faktor yang paling dominan yang menyebabkan  gejala ponteng dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 adalah faktor guru.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.