UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
T Technology (General)
N Fine Arts
Main Author :Wayhidah Usop
Additional Authors :Norasmah Mohd Noor
Najwa Rosli
Norsamihah Ab Halim
Fatin Farihah Jasneh
Title :Aplikasi brianiac quantum leap (BQL) bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris kakank-kanak prasekolah menerusi eksplorasi seni dan estetika
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2022
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai keberkesanan Brianiac Quantum Leap (BQL) dalam meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak melalui pendedahan eksplorasi seni dan estetika. BQL merupakan bahan yang dibangunkan secara manual dan digital yang melibatkan aspek fizikal serta kognitif dalam meningkatkan daya imaginasi intituitif kanak-kanak melalui aktiviti dan proses pembelajaran melalui aktiviti seni. Brianiac Quantum Leap (BQL) telah dibangunkan bagi menyahut saranan, kandungan serta matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), bagi menerapkan aktiviti pembelajaran yang mengembirakan, kreatif dan memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak melalui pengajaran berdasarkan Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Justeru, kajian ini juga bertujuan bagi membuka aspek konsep pendidikan seni dengan pemanfaatan digital terhadap proses pengajaran dan pembelajaran guru. Bahan ini telah menjalani uji lari kepada tiga orang guru prasekolah pelbagai agensi bagi mendapat data yang mantap bagi penambahbaikan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 5 orang murid prasekolah pelbagai agensi yang dipilih. Teknik persampelan tidak rawak jenis persempelan bertujuan (perposive sampling) digunakan bagi mendapatkan data dalam kajian ini. Data kajian dikumpul secara kualitatif melalui pemerhatian, rekod dan temu bual. Hasil dapatan memperlihatkan keputusan yang memberangsangkan apabila kanak-kanak memberikan impak yang positif terhadap penguasaan elemen seni melalui penggunaan teknologi berdasarkan pelaksanaan aktiviti. Signifikan daripada kajian ini juga membantu dalam penyampaian pengajaran oleh guru mengenai pendidikan seni dengan berlandaskan pendidikan abad-21 serta keadaan pandemik kini. Berdasarkan analisis kajian juga mendapati 90% responden menunjukkan tingkah laku yang positif terhadap penggunaan BQL dalam penekanan pendidikan seni dan estetika di samping memperluaskan bidang ini dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak ke aras pengetahuan yang optimum

References

Intan Shafinaz Mohammad., Syafiq Abdul Halim., Ahmad Luqman Jamil., & Muhammad Rashidi Abdul Razak. (2018). Persepsi Pengguna Terhadap Pembangunan & Penggunaan “Digital Trainer-Book Kit” Sebagai Alat Bantuan Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kursus Elektronik Digital. e-Jurnal LIS Liga Ilmu Serantau 2018, Johor, Malaysia.

Jung, T. (2019). Augmented Reality and Virtual Reality. The Power of AR and VR for Business. Springer Nature Switzerland AG.

Ling, Y. L., & Charles Muling Libau. (2020). Peranan bahan bantu mengajar dan persekitaran maklum balas dalam meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. National Research Innovation Conference (NRICon 2020), Punjab, Pakistan.

Mohd Kamal Mohd Ali., Norasmah Mohd Noor., Rashidah Elias., & Rosliza A. Aziz. (2013). Interpretasi lukisan awal kanak-kanak: Panduan kepada pendidik awal kanak-kanak. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Norly Jamil., Nadia Akma Ahmad Zaki., Nor Zuhaidah Mohamed Zain., & Norasikin Fabil. (2013). Motivasi dan penceritaan digital interatif dalam pendidikan awal kanak-kanak. International conference on special education 2013 (CAPEU), Aceh, Indonesia.

Ratnasari, E. M. (2020). Efektifitas Penggunaan Buku Cerita Bergambar terhadap Kecerdasan Visual Anak Prasekolah. Jurnal PG-PAUD Trunojoyo: Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran Anak Usia Dini. Vol, 7, 10-16.

Shah Balkesh Mohd Supar., & Aliza Alias. (2017). Penguasaan kosa kata bahasa Inggeris murid prasekolah melalui teknik bacaan kongsi (shared reading). Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-VIII, Bangi, Malaysia, 847-852.

Sharifah Nor Puteh., & Aliza Ali. (2016). Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi bagi pendidikan prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 1-16.

Tiong, L. L., Dik Anak Nira., Rajendran, K. S., Yii, M. Y., Lu, C. S., & Verzeliza Narina Anak Malang. (2020). Pembelajaran bahasa Inggeris dengan “leef” dalam kalangan murid prasekolah. Proceedings of International Conference on the Future of Education (IConFEd 2020), Institute of Teacher Education Tuanku, Penang, Malaysia.

Zakiah Mohamad Ashari., Azlina Mohd. K., & Yoe, K. J. (2013). Keberkesanan Modul Belajar Melalui Bermain terhadap Kefahaman Pengalaman Pranombor Kanak-kanak Prasekolah. Journal of Education and Practice (9): 305-312.

 

 

 

 

 

 

 


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.