Tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching
Type
Thesis
Main Author
Jonna Randog
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kejadian tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid
tingkatan I hingga tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kawa, Kuching berdasarkan
jantina, kaum dan tingkatan. Seramai 330 orang murid telah dijadikan respondan dengan menjawab satu
set soalan soal selidik yang terdiri daripada empat bahagian yang merangkumi semua objektif,
persoalan dan hipotesis kajian ini. Model kajian Olweus (1978) telah digunakan sebagai teori
kajian. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah kuantitatif Semua responden
dikehendaki menjawab semua item dalam set soalan soal selidik yang telah diberikan.
Maklumat yang diperolehi daripada kaji selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan
program SPSS Ver. 21. Kaedah kuantitatif iaitu statistik deskriptif dan inferensi digunakan
dalam menganalisis data. Soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan dengan demografik
responden (nama sekolah, jantina, tingkatan, kaum / etnik, kecacatan fizikal, tahap penglibatan
dalam kegiatan kokurikulum), kehidupan di sekolah, punca-punca tingkah laku buli, dan ciri-ciri
mangsa buli digunakan untuk memungut data. Kajian ini menunjukkan keputusan berikut: Pertama, tahap
tingkah laku buli di sekolah ini berada dalam tahap sederhana (skor min 1.72 dan sisih piawai
0.63). Kedua tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan bagi perlakuan buli dalam kalangan
murid-murid berdasarkan jantina dan kaum. Ketiga, terdapat perbezaan skor min yang signifikan
perlakuan tingkah laku buli dalam kalangan murid-murid berdasarkan tingkatan. Keempat, jenis
tingkah laku buli yang kerap berlaku di sekolah tersebut ialah tingkah laku buli anti sosial dengan
diikuti oleh tingkah laku buli verbal dan fizikal. Kelima, faktor individu merupakan faktor yang
paling banyak menyumbang kepada perlakuan buli dengan diikuti oleh
faktor sekolah dan faktor keluarga
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.