UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Ida Roziana Abdullah
Title :Pembangunan modal insan dalam novel Imam
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2010
Notes :-
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Senario  kini  menunjukkan  pembangunan  modal  insan merupakan satu agenda yang penting dalam  pembangunan Malaysia  kerana selaras perjuangan  misi  negara dalam konteks menghadapi cabaran  keempat yang terdapat dalam Wawasan 2020, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang  kukuh   ciri-ciri  moral  dan  etikanya  dengan  para warganya  mempunyai  nilai  keagamaan  clan   kerohanian yang teguh serta ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Sehubungan  dengan  itu,   kajian  yang  dijalankan  ini merupakan   kajian   teks,   iaitu   menganalisis   dan membincangkan   novel  Imam  karya  Abdullah  Hussain berdasarkan    pembangunan   modal   insan  dengan  bersandarkan  prinsip kedua dalam teori Takmilah, iaitu Prinsip Kerasulan Sebagai lnsan Kami/ dan  prinsip ini juga terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu insan Khalifah, insan Rabbani dan insan  Kami/. Oleh itu daripada kajian ini pengkaji dapat membuktikan bahawa watak utama dalam novel Imam,  iaitu Haji Mihad mempunyai ciri-ciri sebagai insan Kami/. Haji Mihad selaku watak utarna memainkan  peranannya  sebagai  insan Kami/  serta  turut  membawa perubahan  dari  sudut  agama  dan   muamalah  dengan bersandarkan al-Quran, hadis dan sunah. Watak Haji Mihad digambarkan  sebagai   seorang  yang  berperibadi  dan berakhlak mulia, mempunyai ilmu agama dan ilmu dunia, bersemangat   patriotik,  berpandangan  jauh,  menekankan kerjasama  dan  toleransi  di  kalangan  masyarakat,  menjalankan dakwah secara berhemah dan seorang imam yang sentiasa  memberi  bimbingan serta nasihat  dengan berlandaskan  hukum  Islam. Selain  itu juga, kajian  ini dibuat  untuk  mengenalpasti   ciri-ciri  modal  insan  yang terdapat pada watak utarna dalam novel Imam dan terbukti bahawa  ciri-ciri tersebut ada pada watak Haji Mihad serta mendapati bahawa watak  utama itu merupakan  seorang muslim yang mencontohi Nabi Muhammad SAW selaku model modal insan yang paling sempurna. Di  samping itu juga, kajian ini dibuat untuk membuktikan  bahawa novel Imam merupakan sebuah karya  sastera yang menepati ciri­ ciri karya sastera Islam. Sebagai kesimpulannya, novel ini membuktikan   kejayaan  pengarang  mengolah  karyanya dengan  cara  yang kreatif  dan  mempunyai  unsur-unsur keislaman yang kuat.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.