UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 702 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Mageswary Krupiah
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2023
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Tamil bagi murid tingkatan 2 sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen kajian terdiri daripada temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang melibatkan seramai 5 orang guru bahasa Tamil dan 65 orang murid-murid tingkatan 2 dari 5 buah sekolah menengah. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk interpretasi teks kepada metateks. Dapatan kajian menunjukkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid adalah dari segi mengalami masalah kekurangan idea dan pengetahuan, murid tidak mempunyai pengetahuan asas, sikap malas murid, kekurangan buku rujukan, bahan bantu mengajar yang tidak sesuai dan pihak pentadbiran tidak memberi penekanan serta belum memahami konsep KBAT dengan sepenuhnya. Langkah-langkah mengatasi masalah murid adalah dari segi menggunakan strategi pengajaran yang berkesan seperti aktiviti kumpulan, meneroka idea di luar persekitaran kelas, teknik penceritaan dan teknik peta buih, menggunakan aktiviti abad ke-21, meningkatkan mutu pengajaran, kaedah pembelajaran berasaskan projek dan menggunakan teknik penyoalan. Guru perlu meluaskan pengetahuan berkaitan aplikasi unsur KBAT dalam PdP Bahasa Tamil kerana guru masih belum mempunyai kesediaan mengajar dengan menggunakan unsur KBAT yang sepenuhnya. Guru juga perlu menyediakan murid-murid untuk berfikir secara mendalam dan memberi idea-idea yang bernas. Kesimpulannya, Penerapan KBAT bagi murid-murid sekolah dapat menyumbang mengatasi masalah dalam PdP Bahasa Tamil serta melahirkan murid yang mempunyai pemikiran kritis. Implikasi kajian ialah pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengintegrasikan KBAT dalam isi kandungan pengetahuan kepada guru melalui seminar, kursus atau bengkel dari semasa ke semasa ke arah PdP bahasa Tamil yang efektif.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.