UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Artikel ini bertujuan untuk menganalisis sejarah migrasi orang Cina ke Pulau Pinang dan bentuk serta fungsi sosial Persatuan Cina di Pulau Pinang dalam membina susunan sosial masyarakat Cina di Pulau Pinang pada sekitar abad ke-18 sehingga abad ke-20. Persatuan tersebut merupakan unsur penting dalam membina struktur sosial masyarakat Cina ketika mereka berhijrah ke penempatan baharu. Migrasi masyarakat Cina mempunyai jalur sejarah yang panjang. Gelombang migrasi terpenting yang mempengaruhi landskap sosioekonomi di rantau ini berlaku pada sekitar abad ke-18 sehingga awal abad ke-20. Sejak abad ke-18, orang Cina telah bermigrasi ke Pulau Pinang dalam jumlah yang agak besar atas sebab keperluan ekonomi. Satu fenomena penting yang wujud akibat gelombang migrasi tersebut ialah pembentukan masyarakat yang saling membantu sehingga mewujudkan persatuan Cina. Penubuhan persatuan Cina yang berasaskan kepada kekeluargaan, lokaliti, dialek, dan profesion telah memainkan peranan penting melalui fungsi sosialnya. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Analisis kajian dilakukan berdasarkan kepada sumber primer, iaitu Straits Settlements Government Gazette dan Supplement to Straits Settlements Government Gazette. Analisis sumber sekunder pula berdasarkan kepada majalah dan buku yang diterbitkan oleh persatuan Cina yang terhad edarannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persatuan Cina telah didirikan berdasarkan prinsip kekeluargaan, lokaliti, dialek dan bidang pekerjaan. Setiap persatuan memainkan fungsi sosialnya dengan membekalkan tempat bergantung, menjalankan aktiviti agama, adat resam dan kebudayaan serta memupuk perpaduan masyarakat Cina. Oleh itu, persatuan Cina di Pulau Pinang telah berjaya membentuk susunan sosial yang sistematik berdasarkan prinsip pengorganisasian bersama fungsi sosial yang dimainkan dalam masyarakat Cina. |
References |
Backman, M. (1995). Overseas Chinese business networks in Asia. East Asia Analytical Unit, Department of Foreign Affairs and Trade. Blundell, E. A. (1851). Notices of Penang. Journal of Indian Archipelago and Eastern Asia, V, 9. Blythe, W. (1969). The impact of Chinese secret societies in Malaya, A historical study. Oxford University Press Cai Peirong. (2002). Discussion on the Consul in Singapore in the Qing Dynasty, 1877-1911, Vol. 5. National University of Singapore. Cullin, E.G., Zehnder, W.F. (1905), The early history of Penang, 1592-1827. Criterion Press. Derks, H. (2012). History of the opium problem: The assault on the East, ca. 1600-1950. Brill. Fong, J. Y. (2012). Hua HaI Zhu Yu Da Bo Gong Miao. Ma Lai Xi Ya Bin Lang Yu Hai Zhu Yu Wu Shu Da Bo Gong Miao Jian Miao 212 Zhou Nian Ji Nian Te Kan. Tokong Thai Pak Koong (Ng Suk) Tanjong Tokong. Freedman, M. (1960a). Immigrants and associations: Chinese in nineteenth century Singapore. Comparative Studies in Society and History, 3(1), 25-48. Freedman, M. (1960b). The growth of a plural society in Malaya. Pacific Affairs, 33(2), 158-168. Gungwu, W. (2000). The Chinese overseas from earthbound China to the quest for autonomy. Harvard University Press. Gungwu, W. (1991).China and the Chinese overseas.Times Academic Press. Khoo, K. K. (1971). Latar belakang sejarah masyarakat India dan China di Tanah Melayu, JEBAT, 1, 14-23. Kwoh, S. C. (2013). Chinese clan in Penang, A concise history. Penang Chinese Clan Council. Lee, Y. F. (2009). Kajian tentang identiti orang cina di Malaysia dari segi epistemologi: Ulasan. Sari, 27, 167-183. Li, P. S. & Li, E. X.. (2013). The Chinese overseas population. Dlm. Tan Chee Beng (ed.). Routledge Handbook of the Chinese Diaspora. Routledge. Lin, Z. (2009). The society of overseas Chinese in Malaya before 1914. Around Southeast Asia, 5, 81-85. Mak, L. F. (1981). The sociology of secret societies. Oxford University Press. Mak, L. F. (1995). The dynamics of Chinese dialect groups in early Malaya. Singapore Society of Asian Studies. Mills, L., Turnbull, C., & Bassett, D. (1960). British Malaya 1824-67. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society, 33/3(191), 1-424. Mung, E. M. (1998). Groundlessness and utophia: The Chinese diaspora and territory. Dlm. Elizabeth Sinn (ed.). The last half century of Chinese overseas. Hong Kong University Press. Neil, K., Salma, K., Leng, L., & Guan, Y. (2009). Penang and its region: The story of an Asian entreport. In C. M. Turnbull, Penang’s changing role in the Straits Settlements 1826-1946 (pp. 30-53). NUS Press. Ooi, K. G. (2015). Disparate identities: Penang from a historical perspective, 1780–1941. Kajian Malaysia, 33(Supp. 2), 27–52. Poston, Jr. D.L & Wong, J.H. (2016). The Chinese diaspora: The current distribution of the overseas Chinese population. Chinese Journal Sociology, 2(3), 348-373. Purcell, V. (1960). The Chinese in modern Malaya. Eastern Universities Press Ltd. Qiu, R. F. (1979). Bin Cheng Hui Zhou Hui Guan Guan Shi, Bin Lang Yu Ke Shu Gong Hui Si Shi Zhou Nian Ji Nian Kan. Penang Khek Association. Shen, S. K. (1987). “Ben Hui Hui Shi”. Bin Cheng Jia Ying Hui Guan 186 Zhou Nian Ji Nian Te Kan. Kar Yin Fui Kon. Shen, Y. (2013). Bincheng Fujian Huaren Wuda Xingshi Jiongma Jingying Tanxi. Overseas Chinese Journal of Bagui, 4, 64-70. Shi, C. (2005). Malai Xiya Huaren Shetuan Yanjiu. Zhong Guo Hua Qiao Chu Ban She. Straits Settlements Government Gazette. (1888). XXII (20), 27 April. Supplement to Straits Settlements Government Gazette. (1888). 20 Jun. Tan, C. B. (2013). Introduction. Dlm. Tan Chee Beng (ed.). Routledge Handbook of the Chinese Diaspora. Routledge. Tan, K. H. (2007). The Chinese in Penang: A pictorial history. Areca Books. Tan, K. H., & Ooi, B. K. (2014). The story of Hokkien Kongsi, Penang. Hokkien Kongsi. Teoh, S. K. (1997). Epigraphic inscriptions of Penang Hokkien cemeteries. Singapore Society of Asian Studies. Vaughan, J. D. (1879). Manners and customs of the Chinese of the Straits Settlements. Mission Press. Wong, Y. (2012). The evolution of Penang’s Chinese Association. Penang Monthly. Diakses pada 9 Jun 2020. https://penangmonthly.com/article.aspx?pageid=7169&name=the_evolution_of_penangschinese_associations.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |