UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Nahdlatul Wathan (NW) merupakan sebuah pertubuhan Islam terbesar di Pulau Lombok yang ditubuhkan oleh para ulama berwibawa pada tahun 1953. Usaha tersebut bermula sejak tahun 1926 lagi dengan tumpuan perjuangannya dalam bidang pendidikan, sosial dan dakwah Islamiyah. Pertubuhan ini tidak dapat lari daripada kecenderungan terhadap politik pasca kemerdekaan, khususnya era disentralisasi disebabkan oleh jumlah pengikutnya yang ramai. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis wadah politik dan kekuasaan yang diperjuangkan oleh pertubuhan tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah sejarah yang meliputi heuristik, kritikan sumber, interpretasi dan historiografi. Dapatan menunjukkan penglibatan pengasas NW iaitu Tuan Guru Kiai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid secara aktif dalam politik berikutan kejayaannya dalam pilihan raya pertama pada tahun 1955 membolehkan beliau dipilih menjadi anggota Dewan Konstituante. Kerjasama NW dengan parti politik lain sentiasa mengalami perubahan selari dengan keadaan semasa. Berikutan kejatuhan regim Soeharto, hubungan antara parti yang menganggotai NW mula retak berikutan wujudnya kepelbagaian ideologi yang didokong oleh pemimpin masing-masing. NW berjaya memenangi pilihan Gabenur, Bupati dan anggota DPRD-RI, Provinsi serta Kabupaten walaupun menghadapi tribulasi. |
References |
Abdullah, M. N. (1992). Teologi Nahdlatul Wathan suatu perbandingan antara teologi Asy’ari dan Al-Maturidi. Jakarta: IAIN Syarif Hidayatullah. Binder, L. (1960). Islamic tradition and politics: The Kijaji and the Alim. Comparative Studies in Society and History, 2(2). DOI: https://doi.org/10.1017/S0010417500000682. Burhanuddin, J., & Ahmad Baedowi. (2003). Transformasi otoritas keagamaan pengalaman Islam di Indonesia. Jakarta: Gramedia Pustaka Utama. Burhanuddin. (2007). Nahdlatul Wathan dan perubahan sosial. Yogyakarta: Genta Press. Fahrurrozi. (2015). Tuan Guru (Eksistensi dan tantangan peran dalam transformasi masyarakat). Jakarta: Sanabil. Faith, H. (1973). The decline of constitutional democracy in Indonesia. New York: Cornell University Press. Geertz, C. (1960). The Javanese Kijaji: The changing role of a cultural broker. Comparative Studies in Society and History, 2(2). DOI: https://doi.org/10.1017/S0010417500000670 Gottschalk, L. (1969). Understanding history: A primer of historical method (2nd Edition). New York: Alfred A. Knoft. Hamdi, S. (2014). Politik Islah: Re-negosiasi Islah, konflik, dan kekuasaan dalam Nahdlatul Wathan di Lombok Timur. Jurnal Kaswitara, 1(1). Hamdi, S. (2018). Integrasi budaya, pendidikan, dan politik dalam dakwah Nahdlatul Wathan (NW) di Lombok: Kajian biografi TGH. Zainuddin Abdul Madjid. JSW: Jurnal Sosiologi Walisongo, 2(2). Kingsley, J. (2010). Tuan Guru, community and conflict in Lombok, Indonesia. Thesis Ph.D, University of Melbourne. Komisi Pilihan Umum (KPU). (2004-2018). Nusa Tenggara Barat. www. ntb.kpu.go.id. Masnun. (2007). Tuan Guru Kiyai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid: Gagasan dan gerakan pembaharuan Islam di Nusa Tenggara Barat. Mataram: Pustaka Al-Miqdad. Muhammad Qasim, Z. (2002). The Ulama in contemporary Islam costodians of change. Princeton, New Jersey: PrincetonUniversity Press. Nahdi, K. (2012). Nahdlatul Wathan dan peran modal: Studi Etnografi-Historis modal spiritual dan sosiokultural. Yogyakarta: Insyira. Noer, D. (1987). Parti Islam di pentas nasional. Jakarta: Graffiti Press. Noor, M. (2004). Visi kebangsaan religius: Refleksi pemikiran dan perjuangan Tuan Guru Kyai Haji Muhammad Zainuddin Abdul Madjid. Jakarta: Logos Wacana Ilmu. Nu’man, A. H. (1999). Maulana Syaikh TGKH Muhammad Zainuddin Abdul Madjid: Riwayat hidup dan perjuangannya. Lombok: Pengurus Besar Nahdlatul Wathan. Syamsudin, M. D. (1991). Religion and politics in Islam: The case of Muhammadiyah in Indonesia’s New Order. Los Angels: California University. Tuan Guru Haji Hassanain Junaini, Sekretaris Jenderal Pengurus Besar NW. (2020, 25 Februari). Lombok Barat. Tuan Guru Haji Najmul Akhyar, Ketua Umum Pengurus Daerah NW Lombok Utara. (2020, 21 Februari). Lombok Utara. Ustaz Irzani, Sekretaris Jenderal Pengurus Daerah NW Nusa Tenggara Barat. (2020, 18 Mac). Mataram. Ustaz Sairi, Abituren NW. (2020, 4 Mac). Lombok Barat.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |