| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris | 
| Pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan tidak memuaskan. Kajian  ini  
bertujuan  untuk  melihat  kesan  pendedahan  berulang  kali  terhadap pengambilan sayur yang tidak 
disukai oleh kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar. Dua buah prasekolah telah 
dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin. 
Terdapat dua fasa dalam kajian ini di mana fasa pertama untuk menentukan sayur ujian dan fasa kedua 
untuk melihat keberkesanan intervensi. Dalam fasa pertama, seramai 56 orang subjek (32 lelaki  dan 
24 perempuan)  telah  bersetuju  menyertai  kajian ini  dan  ibu  bapa dikehendaki untuk mengisi 
borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini mengandungi maklumat 
sosiodemografi, kekerapan pengambilan sayur, tahap kesukaan terhadap sayur, kekerapan penyediaan 
dan kaedah memasak sayur di rumah. Daripada analisa fasa pertama, sayur cekur manis dijadikan sayur 
ujian kerana mendapat skor tertinggi berdasarkan majoriti daripada subjek tidak pernah mengambil 
dan tidak menyukainya. Dalam fasa kedua, hanya subjek yang dikenalpasti tidak menyukai sayur ujian 
akan menyertai fasa ini. Setiap subjek yang menyertai fasa pertama akan diberi  rasa sayur ujian  
yang telah dimasak dan diminta untuk menentukan tahap kesukaan dengan menggunakan skala hedonik 
berasaskan ekspresi wajah iaitu kad muka gembira, neutral dan sedih yang mewakili rasa sedap, rasa 
neutral dan rasa tidak sedap. Seramai 42 subjek (26 lelaki dan 16 perempuan) telah memilih kad muka 
sedih yang menggambarkan tidak menyukai sayur ujian dan menjalani sesi intervensi selama 5 hari di 
mana setiap subjek dibekalkan dengan 18 g cekur manis masak lemak yang digantikan dengan susu 
rendah lemak pada setiap hari. Sayur ujian diberi pada pukul 9 pagi setiap hari sebelum subjek 
diberi hidangan makan pagi oleh pihak sekolah. Baki sayur yang tidak dimakan akan ditimbang untuk 
mengetahui pengambilannya. Hasil analisa fasa kedua mendapati terdapat peningkatan dalam 
pengambilan sayur ujian di kalangan subjek iaitu dari 2.4 ± 3.1 g (hari 1) kepada 5.8 ± 4.5 g (hari 
5) dengan nilai (z= - 5.278, p | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |