Kesan pendedahan berulang kali terhadap pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar
Type
Thesis
Main Author
Nurfarhana Diana Mohd Nor
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Pengambilan sayur di kalangan kanak-kanak sering kali dilaporkan tidak memuaskan. Kajian ini
bertujuan untuk melihat kesan pendedahan berulang kali terhadap pengambilan sayur yang tidak
disukai oleh kanak-kanak prasekolah berbangsa Melayu di Kuala Kangsar. Dua buah prasekolah telah
dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II dan Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Muzwin.
Terdapat dua fasa dalam kajian ini di mana fasa pertama untuk menentukan sayur ujian dan fasa kedua
untuk melihat keberkesanan intervensi. Dalam fasa pertama, seramai 56 orang subjek (32 lelaki dan
24 perempuan) telah bersetuju menyertai kajian ini dan ibu bapa dikehendaki untuk mengisi
borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik ini mengandungi maklumat
sosiodemografi, kekerapan pengambilan sayur, tahap kesukaan terhadap sayur, kekerapan penyediaan
dan kaedah memasak sayur di rumah. Daripada analisa fasa pertama, sayur cekur manis dijadikan sayur
ujian kerana mendapat skor tertinggi berdasarkan majoriti daripada subjek tidak pernah mengambil
dan tidak menyukainya. Dalam fasa kedua, hanya subjek yang dikenalpasti tidak menyukai sayur ujian
akan menyertai fasa ini. Setiap subjek yang menyertai fasa pertama akan diberi rasa sayur ujian
yang telah dimasak dan diminta untuk menentukan tahap kesukaan dengan menggunakan skala hedonik
berasaskan ekspresi wajah iaitu kad muka gembira, neutral dan sedih yang mewakili rasa sedap, rasa
neutral dan rasa tidak sedap. Seramai 42 subjek (26 lelaki dan 16 perempuan) telah memilih kad muka
sedih yang menggambarkan tidak menyukai sayur ujian dan menjalani sesi intervensi selama 5 hari di
mana setiap subjek dibekalkan dengan 18 g cekur manis masak lemak yang digantikan dengan susu
rendah lemak pada setiap hari. Sayur ujian diberi pada pukul 9 pagi setiap hari sebelum subjek
diberi hidangan makan pagi oleh pihak sekolah. Baki sayur yang tidak dimakan akan ditimbang untuk
mengetahui pengambilannya. Hasil analisa fasa kedua mendapati terdapat peningkatan dalam
pengambilan sayur ujian di kalangan subjek iaitu dari 2.4 ± 3.1 g (hari 1) kepada 5.8 ± 4.5 g (hari
5) dengan nilai (z= - 5.278, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.