Perkembangan kecerdasan spiritual kanak kanak prasekolah melalui bermain
Type
Thesis
Main Author
Iylia Dayana Shamsudin
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan kecerdasan spiritual kanak kanak prasekolah
melalui bermain. Ini adalah kajian pemerhatian yang telah dijalankan di sebuah Pusat Anak
Permata Negara (PAPN) di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan
Perdana Menteri bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Subjek kajian yang terlibat adalah
seramai 19 orang kanak-kanak berumur daripada dua hingga lima tahun. Pemerhatian semulajadi tidak
berstruktur dijalankan dalam tempoh sebulan bagi memerhatikan tingkah laku kanak kanak berkaitan
dengan kerohanian semasa bermain. Aktiviti bermain subjek kajian dirakam dan dikodkan mengikut
peratusan masa menunjukkan 24 tingkah laku sepanjang tempoh aktiviti diperhatikan. Video
pemerhatian dikodkan oleh dua koder dan telah dinilai kebolehpercayaan inter-rater menggunakan
ujian korelasi intra-kelas. Hasil ujian menunjukkan hampir kesemua pemerhatian mempunyai
nilai kebolehpercayaan pada tahap baik dan sangat baik. Menggunakan ujian statistik Mann-Whitney U
dan Kruskal-Wallis I-I, hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan
rohani dengan umur dua tahun dan empat tahun sahaja. Ujian statistik Regresi Pelbagai mendapati
tiada satu faktor umur, jantina, bilangan a
secara signifikan perkembangan kecerdasan rohani kanak-kanak. Pemerhatian semasa bemrnin
mendapati kanak-kanak seawal umur dua tahun telah menunjukkan sebahagian daripada tingkah laku
berkaitan dengan kerohanian dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori pertama iaitu
memberi manfaat kepada pelaku dan pihak satu lagi dalam situasi tingkah laku ditunjukkan, kategori
kedua adalah tingkah laku yang memberi manfaat kepada pelaku dan terakhir adalah tingkah laku yang
memberi manfaat kepada pihak satu lagi dalam situasi tingkah laku ditunjukkan secara terus atau
nyata tetapi manfaat kepada pelaku secara tidak terus atau nyata. Tingkah laku yang memberi manfaat
kepada pelaku adalah yang paling banyak ditunjukkan oleh subjek dalam kebanyakkan masa manakala
tingkah laku yang memberi manfaat secara tidak terus atau nyata adalah yang paling kurang
ditunjukkan. Hasil kajian ini menunjukkan perkembangan kecerdasan rohani kanak-kanak boleh dinilai
melalui aktiviti bermain dengan melihat tingkah laku kanak-kanak semasa bermain. Malah, ia juga
dapat menyumbang dari segi kaedah baru yang lebih sesuai dalam mengkaji kerohanian kanak-kanak
dan boleh menjadi asas kepada pembentukan indeks perkembangan kecerdasan rohani kanak-kanak.
Penilaian kecerdasan rohani boleh dilakukan melalui bermain, penerapan kerohanian dan pemantapan
juga mungkin boleh dilakukan melalui bermain dengan mendasarinya dengan dapatan kajian ini.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.