UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkembangan kecerdasan spiritual kanak kanak prasekolah melalui bermain

AVAILABLE Thesis 873 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkembangan kecerdasan spiritual kanak kanak prasekolah melalui bermain
Type
Thesis
Main Author
Iylia Dayana Shamsudin
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perkembangan kecerdasan spiritual kanak­ kanak  prasekolah   melalui  bermain.  Ini adalah  kajian  pemerhatian  yang telah dijalankan di sebuah Pusat Anak  Permata Negara (PAPN) di bawah seliaan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak (PERMATA), Jabatan  Perdana Menteri bertempat di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Subjek kajian yang terlibat adalah  seramai 19 orang kanak-kanak berumur daripada dua hingga lima tahun. Pemerhatian semulajadi tidak  berstruktur dijalankan dalam tempoh sebulan bagi memerhatikan tingkah laku kanak­ kanak berkaitan  dengan kerohanian semasa bermain. Aktiviti bermain subjek kajian dirakam dan dikodkan mengikut  peratusan masa menunjukkan 24 tingkah laku sepanjang tempoh aktiviti diperhatikan. Video  pemerhatian dikodkan oleh dua koder dan telah dinilai kebolehpercayaan inter-rater menggunakan  ujian korelasi intra-kelas. Hasil  ujian  menunjukkan  hampir  kesemua  pemerhatian  mempunyai   nilai kebolehpercayaan pada tahap baik dan sangat baik. Menggunakan ujian statistik Mann-Whitney U  dan Kruskal-Wallis I-I, hasil kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kecerdasan  rohani dengan umur dua tahun dan empat tahun sahaja. Ujian statistik Regresi Pelbagai mendapati  tiada satu faktor umur, jantina, bilangan a secara signifikan perkembangan  kecerdasan  rohani  kanak-kanak.  Pemerhatian  semasa  bemrnin  mendapati kanak-kanak seawal umur dua  tahun telah menunjukkan sebahagian daripada tingkah laku  berkaitan dengan kerohanian dan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Kategori pertama iaitu  memberi manfaat kepada pelaku dan pihak satu lagi dalam situasi tingkah laku ditunjukkan, kategori  kedua adalah tingkah laku yang memberi manfaat kepada pelaku dan terakhir adalah tingkah laku yang  memberi manfaat kepada pihak satu lagi dalam situasi tingkah laku ditunjukkan secara terus atau  nyata tetapi manfaat kepada pelaku secara tidak terus atau nyata. Tingkah laku yang memberi manfaat  kepada pelaku adalah yang paling banyak ditunjukkan oleh subjek dalam kebanyakkan masa manakala  tingkah laku yang memberi manfaat secara tidak terus atau nyata adalah yang paling kurang  ditunjukkan. Hasil kajian ini menunjukkan perkembangan kecerdasan rohani kanak-kanak boleh dinilai  melalui aktiviti bermain dengan melihat tingkah laku kanak-kanak semasa bermain. Malah, ia juga  dapat menyumbang dari segi kaedah baru yang lebih sesuai dalam mengkaji kerohanian  kanak-kanak   dan boleh  menjadi asas kepada  pembentukan  indeks perkembangan kecerdasan rohani kanak-kanak.  Penilaian kecerdasan rohani boleh dilakukan melalui bermain, penerapan kerohanian dan pemantapan  juga mungkin boleh dilakukan melalui bermain dengan mendasarinya dengan dapatan kajian ini.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.