UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
ABSTRAK Bekalan air bersih merupakan keperluan yang sangat penting kepada manusia. Kadar pertumbuhan penduduk dan pertambahan tempat kediaman tentunya memberi implikasi kepada penyediaan bekalan air bersih. Di kawasan luar bandar terutama di negeri Sabah, paip air graviti digunakan bagi mendapatkan sumber air yang bersih untuk kegunaan harian penduduk. Sebelum paip air graviti ini dibina, penduduk mendapatkan bekalan air daripada perigi atau mata air yang telah digali bagi mendapatkan bekalan air. Walau bagaimanapun penduduk sering berdepan dengan masalah bekalan air terutama ketika musim kemarau. Justeru, penduduk Kampung Narayat di Tambunan Sabah mengambil inisiatif bagi membina paip air graviti bagi kegunaan harian penduduk di situ. Artikel ini akan membincangkan tentang persepsi penduduk terhadap pembinaan paip air graviti dan meneliti tindakan serta langkah yang diambil oleh penduduk setempat bagi memastikan paip air graviti ini terus dijaga dengan baik dan lestari. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu menggunakan borang soal selidik. Responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak mudah. Seramai 100 orang penduduk Kampung Narayat, Tambunan, Sabah telah dipilih sebagai responden. Hasil kajian mendapati penduduk sering mengalami gangguan bekalan air disebabkan kerosakan paip air graviti akibat kejadian banjir dan tanah runtuh. Keadaan ini tentunya memberi kesan terhadap penduduk terlibat. Penduduk juga telah mengambil inisiatif sendiri seperti kutipan dana, pelaksanaan sistem giliran dan jadual bertugas bagi memastikan paip air graviti ini terus terjaga. Kajian ini penting bagi memberi maklumat berkaitan isu dan masalah bekalan air bersih yang sering dihidapi oleh penduduk terlibat. Diharapkan kajian ini juga dapat membuka mata pihak yang bertanggungjawab dan mengambil langkah segera bagi membekalkan sumber air bersih dan mencukupi bagi keperluan penduduk khususnya di kawasan luar bandar. |
References |
Amirah Abdin, Nordin Sakke & Adi Jafar. (2021). Aksesibiliti Bekalan Air Terawat dan Cabaran Sekuriti Air di Pulau Sebatik, Malaysia. Manu Bil. 32 (1), 19-49. Asian Development Bank. (2013). Asian Water Developement Outlook 2013: Measuring Water Security in Asia and the Pacific. Asia-Pacific Water Forum https://www.adb.org/sites/default/files/publication/30190/asian-water-development-outlook-2013.pdf. Brockerhoff, E., Barbaro, L., Castagneyrol, B., Forrester, D. I., Gardiner, B., Gonzalez, J. R., O'B Lyver, P., Meurisse, N., Oxbrough, A., Taki, H., Thompson, ID., van der Plas, F., & Jactel, H. (2017). “Forest Biodiversity, Ecosystem Functioning and the Provision of Ecosystem Services”. Biodiversity and Conservation. 26(13): 3005-3035. https://doi.org/10.1007/s10531-017-1453-2. https://link.springer.com/article/10.1007/s10531-017-1453-2 Chan Ngai Weng. (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan Bencana Air di Malaysia: Isu, Pengurusan dan Cabaran. Siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia Francisco Osny, E. S., Tanya, H., Francisco A.S.F., & Daniele, C. S. (2013). Developing sustainable and replicable water supply systems in rural communities in Brazil. International Journal of Water Resources Development, 29(4), 622-635. https://doi: 10.1080/07900627.2012.722027 Haliza Abdul Rahman. (2009). “Suatu Tinjauan terhadap Permasalahan Banjir Kilat di Lembah Klang. Nasir Nayan, Mohd Hairy Ibrahim, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Mohmadisa Hashim & Azmi Ahmad Baharom (eds). Persekitaran Fizikal di Malaysia: Isu dan Cabaran Semasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris, 31-43. https://sssums.files.wordpress.com/2007/09/suatu-tinjauan-terhadap-permasalahan-banjir-kilat-di-lembah-klang.pdf Hemson, D. (2008). Water for all: from firm promises to ‘new realism’? Hemson, D., Kulindwa, K., Lein, H., & Mascarenhas, A. (eds). Poverty and Water: Explorations of the Reciprocal Relationship. New York: Zed Books Ltd. https://www.crop.org/ViewFile.aspx?id=656 Henry, B.T., Leonard, L., & Simatele, M. D. (2020). Strengthening the scaffolds of community flexibility: Policy and institutional response to the rural water supply and sustainability challenge. African Geographical Review, 39(3), 208-223. https://doi: 10.1080/19376812.2019.1694045 Hunter, L. (2001). “Population and Environment: A Complex Relationship in Population Matters”. Policy Brief. https://www.rand.org/content/dam/rand/pubs/research_briefs/2000/RB5045.pdf Jabatan Air Negeri Sabah. (12 Mac 2021). Fees & Water Tariff. https://water.sabah.gov.my/?q=content/ fees-water-tariff Jabatan Perangkaan Malaysia. (2019). Indikator Matlamat Pembangunan Mampan. https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2021-02/Sustainable-Development-Goals-%28SDG%29-Indicators-Malaysia-2019.pdf Kilic, Z. (2020). “The Importance of Water and Conscious Use of Water”. International Journal of Hydrology. 4(5), 239‒241. Doi: 10.15406/ijh.2020.04.00250. https://medcraveonline.com/IJH/the-importance-of-water-and-conscious-use-of-water.html Li, C., Sun, G., Caldwell, P. V., Cohen, E., Fang, Y., & Zhang, Y. (2020). “Impacts of Urbanization on Watershed Water Balances across the conterminous United States”. Water Resources Research. 56 (7): 1-19. https://agupubs.onlinelibrary.wiley.com/doi/epdf/10.1029/2019WR026574. Mapulanga A.M., & Naito H. (2019). “Effect of Deforestation on Access to Clean Drinking Water”. Environmental Sciences. 116(17): 8249–8254. https://doi.org/10.1073/pnas.1814970116. https://www.pnas.org/doi/10.1073/pnas.1814970116 Moore, R.D, Spittlehouse, D.L & Story, A.C. (2005). “Riparian Microclimate and Stream Temperature Response to Forest Farvesting: A Review”. Journal of theAmerican Water Resources Association. 41(4): 813-834. http://dx.doi.org/10.1111/j.1752-1688.2005.tb03772.x Nordin Sakke, Ramli Dollah & Azmi Ahmad Baharom. (2019). “Isu air dalam hubungan Malaysia-Indonesia: Pengurusan air mampan dan cabaran ke atas bekalan air tawar untuk keperluan domestik di Pulau Sebatik”. Dlm. Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan & Rizal Zamani Idris (Eds.), Isu-isu Terpilih dalam Hubungan Malaysia dengan Negara Serantau Asia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Nordin Sakke, Ramli Dollah, Azmi Ahmad Baharom, Mohammad Tahir Mapa & Adi Jaafar. (2017). “Penuaian hujan sebagai bekalan air alternatif di persempadanan Malaysia-Indonesia. Kajian kes Pulau Sebatik, Sabah, Malaysia”. Dlm. A. Halim Ali, Kamarul Ismail, Mazdi Marzuki, Mohd Hassan Abdullah, Ahmad Jazimin Jusoh, Azhar Wahid, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Mohd Abdullah Jusoh, Mohamad Nazir Ibrahim, Abdul Halim Ibrahim & Ahmad Niza, Othman. (Ed.). The 2nd International Conference on Communications, Media, Information Technology, Environment, Tourism, Economics, Politics, Arts and Heritage (ICDETAH2017) Proceedings. hlm. 748 – 758. Poonia, A., & Punia, M. (2020). Associates and determinants of drinking water supply: A case study along urban rural continuum of semi-arid cities in India. Urban Water Journal, 16(10), 1–7. https://doi.org/10.1080/157306 2X.2020.1729387 Popkin, B.M., D'Anci, K.E., & Rosenberg, I.H. (2010). “Water, Hydration, and Health”. Nutr Rev.68(8): 439-58. Doi: 10.1111/j.1753-4887.2010.00304.x. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20646222/ Raja Zaharaton Raja Zainal Abidin. (2004). Water Resources Management in Malaysia: the way forward. Kertas Kerja dibentangkan semasa Persidangan ASIAWATER, 30 Mac 2004-2 April, 2004, Kuala Lumpur. Shaheed A., Orgill J., Montgomery M.A., Jeuland M.A., & Brownd J. (2014). “Why “improved” water sources are not always safe”. Bull. World Health Organ, 92:283-289. Doi: 10.2471/BLT.13.119594. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. (2018). Laporan Tahunan. Dimuat turun dari https://www.parlimen.gov.my/ipms/eps/2020-09-03/ST.11.2020%20-%20ST%2011.2020.pdf Susi Hardjati, Sasiska Rani, Dinda Meryssa Bella, Istiqomah Mahmudah, Delvira Permata Sari, Selen Chaterine Valencia, & Audrey Fairuz Herdiana. (2022). “Sosialisiasi Pendidikan Hutan Sebagai Paru-Paru Dunia kepada Sekolah Dasar Negeri Pakal 1 Surabaya”. Jurnal Pengabdian Masyarakat dan Inovasi (LITERASI). 2(2): 1163-1172. https://jurnal.politap.ac.id/index.php/literasi/article/view/544 Unit Perancangan Ekonomi. (2020). Rancangan Malaysia ke-Sebelas (2016-2020): Hala Tuju. diakses dari https://www.epu.gov.my/sites/default/files/2020-02/Kertas%20Strategi%2016.pdf United Nations (UN). (2018). Road Map towards the Implementation of the United Nations Millennium Declaration. Accessed on 15 October 2021. Available online: http://www.un.org/documents/ga/docs/56/a56326.pdf United Nations (UN). (2015). The Millennium Development Goals Report. Accessed on 18 May 2022. Available online: http://www.un.org/millenniumgoals/2015_MDG_Report/pdf/MDG%202015%20rev%20(July%201).pdf United Nations Water (UN-Water). (2018).SDG 6 Synthesis Report 2018 on Water and Sanitation. Accessed on 15 October 2021. Available online: http://www.unwater.org/publication_categories/sdg-6-synthesis-report-2018-on-water-and-sanitation/ Utusan Borneo Online. (2021). Sabah perlu RM13 bilion tingkatkan kualiti air. 12 Mac 2021. https://www.utusanborneo.com.my/2021/01/25/sabah-perlu-rm13-bilion-tingkatkan-kualiti-air. Wardani, N.R., & Putra, D.F. (2020). “Pemberdayaan Masyarakat melalui Penghijauan untuk Konservasi Sumber Air Banyuning Kota Batu”. Jurnal Pengabdian Masyarakat dan Inovasi (LITERASI). 3(1): 1-8. Wilbers, G., Sebesvari, Z., & Renaud, F.G. (2014). Piped-water supplies in rural areas of the Mekong Delta, Vietnam: Water quality and household perceptions. Water, 6(8), 2175-2194. https://doi.org/10.3390/w6082175 World Health Organization (WHO) & United Nations International Children’s Emergency Fund (UNICEF) JMP Methodology: (2017). Update & SDG Baselines. [(accessed on 20 October 2018)]; Available online: https://washdata.org/sites/default/files/documents/reports/2018-04/JMP-2017-update-methodology.pdf World Health Organization. (2010). Progress on Drinking Water and Sanitation (2010). World Health Organisation, Geneva on behalf of WHO and UNICEF. World Health Organization. (2022). Drinking water: key facts. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/drinking-water
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |