UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini menfokuskan kepada nilai pemikiran dalam ukiran kayu tradisional masyarakat melayu. Wujudnya idea kajian ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji dalam bidang seni kraft ukiran kayu. Oleh itu, pengkaji tertarik dalam membuat kajian ini disebabkan kekaguman terhadap nilai intelek masyarakat terdahulu dalam menghasilkan sebuah karya. Hal ini kerana sebuah karya yang bernilai tinggi mempunyai makna atau penceritaan disebaliknya bukan sahaja diukur dari segi konteks estetika, kekemasan dan kehalusan. Kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes telah membuktikan bahawa dalam seni ukiran kayu mempunyai martabat yang tinggi pada zaman dahulu. Hal ini kerana masyarakat dahulu mampu mengadaptasi dengan bijak mengenai pemilihan sesuatu motif berdasarkan lingkungannya. Sebagai contoh, motif-motif yang dihasilkan berdasarkan beberapa aspek yang berkait dengan kehidupan harian iaitu unsur kepercayaan, pemakanan dan perubatan |
References |
Abdul Halim Nasir. (2016). Ukiran kayu Melayu tradisi. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Said & Ahmad Saifuddin Abdullah. (2001). Spesies-spesies Kayu Dalam Seni Ukiran Melayu. Johor, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Nuansa ukiran kayu Melayu. (2015). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Pejabat D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Perak. (2020). Istana Kenangan Kuala Kangsar. Diperoleh daripada http://sultan.perak.gov.my/index.php/informasi-kesultanan/istana/istanakenangan Ukiran kayu warisan Melayu. (2009). Kuala Lumpur, Malaysia: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Wonderful Malaysia. (2020). Istana Balai Besar, Kota Bahru. Diperoleh daripada http://www.wonderfulmalaysia.com/attractions/istana-balai-besar-kota-bharu.htm |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |