UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :G Geography (General)
Main Author :Siti Hawa Kamaludin
Title :Pengesahan semula ciri hujan wilayah Barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale (1959) (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2014
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengesahkan semula ciri-ciri hujan wilayah barat yang telah dibentuk berdasarkan Dale pada 1959. Fokus diberikan untuk mengenal pasti trend dan intensiti hujan jangka masa panjang di kawasan wilayah barat dari tahun 1960 hingga 2010 yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah. Data hujan daripada stesen hujan yang terletak dalam kawasan wilayah barat yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran telah digunakan dalam kajian ini. Data hujan tahunan bagi 133 buah stesen dari tahun 1960 hingga 2010 dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian Mann- Kendall. Persempadanan semula wilayah hujan dibentuk menggunakan topologi dalam Sistem Maklumat Geografi. Hasil kajian menunjukkan semua stesen mengalami trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1960 hingga 2010 walaupun tidak signifikan berdasarkan Mann-Kendall (P=1). Julat purata hujan tahunan bagi kawasan barat yang diklasifikasikan sebagai kawasan sederhana basah didapati telah berkurangan antara 1936 mm hingga 2635 mm berbanding julat purata hujan tahunan oleh Dale iaitu antara 2540 mm hingga 2794 mm. Variasi purata hujan bagi kawasan barat dalam tempoh kajian adalah semakin besar iaitu 699 mm berbanding variasi purata hujan oleh Dale iaitu 254 mm antara tahun 1950 hingga 1959. Purata hujan maksimum pada tahun 1960 hingga 2010 bagi kawasan wilayah barat (sederhana basah) turut berkurang sebanyak 155 mm (6%). Taburan hujan menunjukkan bahawa tidak semua kawasan dalam wilayah barat Dale menerima hujan antara 2540 mm hingga 2794 mm pada setiap tahun malahan ada kawasan yang tidak pernah menerima hujan dengan jumlah itu. Persempadanan wilayah barat baharu telah dibentuk dengan pengecilan sebanyak 10% berbanding wilayah barat asal Dale, 1959. Lembah Klang dan sekitarnya merupakan kawasan yang kerap menerima hujan antara 2540 mm hingga 2794 mm namun masih mengalami krisis bekalan air bersih. Persempadan baharu yang dibentuk menerusi kajian ini boleh dijadikan panduan oleh agensi yang menguruskan sumber air di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dalam membuat perancangan pembekalan air yang lebih efisyen.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.