UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Nor Asikin Abdullah
Title :Penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di koperasi sekolah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2012
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di koperasi sekolah. Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan di antara pemupukan ciri-ciri keusahawanan, pengetahuan pelajar, kemahiran pelajar dan sikap pelajar dalam bidang keusahawanan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di koperasi sekolah. Kajian ini dijalankan ke atas 150 orang pelajar yang menjadi Ahli Lembaga Koperasi di sepuluh buah sekolah menengah yang terpilih di negeri Kelantan. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan penganalisisan data dilaksanakan dengan menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Statistik deskriptif yang digunakan ialah peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Sementara statistik inferensi pula ialah ujian-t, ANOVA satu hala, ujian korelasi dan regresi. Berdasarkan dapatan yang diperolehi menerusi analisis deskriptif dan inferensi telah mendapati bahawa tahap ciri-ciri keusahawanan dan penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan adalah berada pada tahap tinggi manakala pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar dalam bidang keusahawanan berada pada tahap sederhana tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan di antara pemupukan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran pelajar mengenai keusahawanan dan sikap pelajar dalam bidang keusahawanan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti di koperasi sekolah. Namun dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan pelajar terhadap bidang keusahawanan dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti di koperasi sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar memberi sumbangan sebanyak 24.2% kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di koperasi sekolah dan diikuti oleh kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan 12.4%. Pengetahuan pelajar dalam bidang keusahawanan menyumbang 11.4% manakala sikap pelajar dalam bidang keusahawanan tidak menyumbang langsung kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di koperasi sekolah. Sehubungan dengan itu, beberapa cadangan kepada pihak yang terlibat dikemukakan oleh pengkaji bagi meningkatkan lagi penglibatan pelajar dalam aktiviti keusahawanan di koperasi sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.