UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Norazila Dawood
Title :Perbezaan kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kuala Selangor
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2013
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kecenderungan keusahawanan pelajar dari tiga buah sekolah menengah harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Secara khususnya, kajian berbentuk kuantitatif ini mengkaji pengaruh pemboleh ubahpemboleh ubah tidak bersandar iaitu ciri-ciri peribadi pelajar, hal berkaitan keluarga, hal berkaitan sekolah, pengaruh individu, dan pengalaman bekerja pelajar terhadap lima ciri kecenderungan keusahawanan iaitu keinginan untuk mencapai kejayaan, kreativiti dan inovasi, kawalan lokus dalaman, mengambil risiko terencana, dan keinginan autonomi. Seramai 300 orang pelajar Tingkatan Tiga dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan bagi pengumpulan data dibentuk berdasarkan kepada Entrepreneurial Attitude Orientation (Robinson et al.0 1991), General Enterprising Tendency Test (1988) dan Gray (1989). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan jaantina, etnik, kedudukan dalam keluarga,pengaruh individu dan pengalaman bekerja. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ciri-ciri kecenderungan keusahawanan dengan pekerjaan ibu bapa, pendapatan ibu bapa, jawatan yang disandang di sekolah dan aliran Kemahiran Hidup. Kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru untuk menggalakkan pelajar agar menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan dan kepada pihak pentadbiran kolej dalam memperkemaskan penawaran kursus-kursus vokasional atau keusahawanan yang dijalankan. Inisiatif dan Kerjasama semua pihak dalam membangunkan usahawan dari kalangan golongan muda adalah sangat penting kerana kecenderungan kepada bidang keusahawanan ini akan membuka peluang yang lebih besar bagi merancakkan lagi pertumbuhan perniagaan firma berteknologi tinggi dan seterusnya akan menjana ekonomi Malaysia dengan lebih pantas.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.