UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti motivasi pelajar dan faktor kebolehpasaran
graduan dalam bidang kemahiran di Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI. Antara
faktor kebolehpasaran yang dikaji adalah faktor dari segi kemahiran interpersonal,
kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran etika dan moral. Kajian ini merupakan
kajian kuantitatif berbentuk kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik
yang dijana dalam bentuk perisian Google Forms sebagai instrumen pengukuran kajian.
Kajian rintis juga telah dilaksanakan untuk mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai Cronbach’s Alpha yang diperoleh adalah
0.910. Peserta kajian adalah seramai 140 orang responden terdiri daripada graduan
Fakulti Teknikal dan Vokasional Universiti Pendidikan Sultan Idris melibatkan
pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Ijazah Sarjana dan
Doktor Falsafah. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Science
Social (SPSS) 26.0. Dapatan kajian mendapati bahawa graduan Fakulti Teknikal dan
Vokasional memiliki motivasi intrinsik yang tinggi berbanding motivasi ekstrinsik
dengan skor min masing-masing adalah 4.51 dan 4.43. Manakala, kemahiran etika dan
moral mempunyai catatan tertinggi terhadap kebolehpasaran graduan diikuti pula
kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran interpersonal. Seterusnya, dapatan
kajian berkenaan hubungan antara motivasi dan faktor kebolehpasaran telah dilakukan
menggunakan ujian Kolerasi Pearson, keputusan yang diperoleh adalah terdapatnya
hubungan yang sederhana (r = 0.698; p < 0.05) dan signifikan antara motivasi pelajar
dan faktor kebolehpasaran dalam bidang kemahiran. Kesimpulannya, diharapkan kajian
ini dapat membuka ruangan perbincangan lanjut serta membantu para graduan untuk
memantapkan kemahiran yang perlu dititikberatkan dalam meningkatkan
kebolehpasaran mereka di masa akan datang. |
References |
Abdullah, N. H. H., & bin Darusalam, G. (2018). Kesediaan guru melaksanakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 22-31. Ahmad, A. (2007). Latihan industri membuka peluang pekerjaan kepada graduan lepasan politeknik Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Ahmad, M. F., Lamat, S. A., Maimunah, S. S., Rahman, M. W. A., Dahlan, N. D., Tumijan, W., & Mokhtar, U. K. M. (2020). Motivasi intrinsik dan ekstrinsik dalam kalangan atlet Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Sukan & Pendidikan Jasmani, 9(1), 33-41. Ali, E., Che' Rus, R., Haron, M. A., & Hussain, M. A. M. (2018). Kebolehpasaran graduan pendidikan teknikal dan vokasional: satu analisis. Sains Humanika, 10(3-3). Amin, H. M., Sahari, N., Ashaari, S. S., Ahmad, K., & Amin, H. M. (2011). Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah Pelajar FTSM dan Hubungannya dengan Pencapaian dan Demografi Pelajar. Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2011, 000-000. Ang, M. C. H. (2015). Graduate Employability Awareness: A Gendered Perspective. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 211, 192-198 Azmi, M.M. (2016). Kajian Motivasi Terhadap Pelajar Kolej Vokasional dalam Melaksanakan Kerja-Kerja Kemahiran Teknikal. Tesis Master. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. Chear, S. L. S., & Yunus, M. M. (2019). Strategi penerapan kemahiran abad ke-21 dalam latihan guru prasekolah. Southeast Asia Early Childhood Journal, 8(1), 1-10. Chew, F. P., & Masingan, N. J. (2021). Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Pelajar Terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Kemahiran Menulis. PENDETA, 12(2), 29-43. Chuan, C. L. (2013). Pre-service teachers’ motivation for choosing teaching as a career. Jurnal Penyelidikan IPG KBL, 11, 1-18. Chung, W. K., & Yet, L. M. (2009). Perception differential between employers and undergraduates on the importance of employability skills. International education studies, 2(1), p95 Hashim Fauzy, Y., & Ishak, M. S. (2007). Efikasi diri dan pencapaian akademik: kajan kes ke atas pelajar institusi pengajian tinggi awam. Skudai: UTM Cohen, L., & Holliday, M. (1982). Statistics for Social Sciences. Harper & Row: London. Creswell, J. W. (2007). Qualitative Inquiry and Research Design. New Delhi: SAGE Publications India. Deci, E. L., Olafsen, A. H., & Ryan, R. M. (2017). Self-determination theory in work organizations: The state of a science. Annual review of organizational psychology and organizational behavior, 4, 19-43. Gardner H. (1993). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books. Govinthasamy, B., Vengadasamy, C., & Damotharan, D. V. (2012). Penilaian Proses Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Kbsm Di Daerah Tuaran, Sabah: Satu Kajian Kes. Gwee, C. C. Kajian Impak Karnival Kerjaya Terhadap Kebolehpasaran Graduan: Suatu Pandangan dari Politeknik Merlimau. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN TVET POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI 2019, 14. Hanapi, Z., Kamis, A., Kiong, T. T., & Hanapi, M. H. (2016). Jurang integrasi kemahiran employabiliti di Malaysia: Satu kajian empirikal graduan kejuruteraan Kolej Komuniti. GEOGRAFIA Online TM Malaysian Journal of Society and Space, 12(3), 145-153. Hanapi, Z., & Kamis, A. (2017). Analisis Perbandingan di Antara Industri, Pensyarah dan Graduan Terhadap Kepentingan Kemahiran Teknikal dan Kemahiran Employability yang Perlu Dikuasai oleh Graduan Bidang Elektrik di Kolej Komuniti. Sains Humanika, 9(1-5). Hassan, S. C., Hassan, N. C., Daud, S. M., & Karim, A. A. (2020). Tahap kesediaan keusahawanan pelajar di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Hulu Langat. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 95-107. Heerden, V. (2014). The relationship between motivation type and sport participation among students in a South African context. Journal of Physical Education and Sport Management. 5(6), 66-71. Howe, B.L. (1988). Motivation For Success in Sport. International Journal of Sport Psychology. 18, 194-215. Husain, M. Y., Mokhtar, S. B., Ahmad, A. A., & Mustapha, R. (2010). Importance of employability skills from employers’ perspective. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 7, 430-438. Husain, M. Y., Rasul, M. S., Mustapha, R., & Rauf, R. A. A. (2013). Tahap kemahiran employability pelajar kejuruteraan dari perspektif majikan. Jurnal Teknologi, 62(1). Ishar, M. I. M., & Ismail, F. (2020). Pengaruh Kejayaan Graduan Sarjana Muda Sains Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Kerjaya yang Diceburi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(6), 91-109. Ismail, M. H. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII 2012. Ismail, R., Osman, Z., & Malek, S. A. (2013). Perbezaan upah mengikut jantina dan diskriminasi majikan dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi. Jurnal Teknologi, 63(1). Jie, B. G., & Yasin, R. M. (2022). Usaha Meningkatkan Kesedaran Pelajar dan Ibu Bapa Terhadap Kebolehpasaran Pekerjaan dalam Bidang TVET. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(1), 529-539. Kamerade, D. & Paine, A. E. 2015. Volunteering and Employability: Implications For Policy And Practice. Voluntary Sector Review, 5(3), 407–415. Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Tinggi (2019). Statistik Siswazah 2019. Diakses melalui https://www.mohe.gov.my/hebahan/kenyataan-media/statistik-siswazah 2019?highlight=WzMwXQ== Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-610. Lai, L. M. L. (2008). Pengaruh motivasi dalam kreativiti pelajar kejuruteraan UTHM (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif. Selangor: McGraw- Hill (Malaysia). Lubna Abd Rahman, Wan Moharani Mohammad, Zulkipli Md. Isa & Hishomudin Ahmad. (2017). Corak Kajian Kebolehpasaran Siswazah di Malaysia: Sorotan antara Tahun 2010-2015, Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Vol 4 Bil 2. Mangkau, I. D. (2012, June). Penguasaan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). In Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV Kali Ke (Vol. 2, No. 2012, pp. 40-59). Maripaz, C. A. & Ombra, A. I. 2016. Graduates’ Competence on Employability Skills and Job Performance. International Journal of Evaluation and Research in Education (IJERE), 5(2), 119–125. Mazuki Mohamad. (2004). Pengaruh Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap Penglibatan Sains Sukan dalam Aktiviti-Aktiviti Sukan di UPSI. Published Thesis: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004. Mohamed, S., Zin, A. A. M., & Kadir, F. A. A. (2012). Pembangunan etika dan moral dalam kursus-kursus yang ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) (Doctoral dissertation, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Mohammad Affendy Omardin (2019). Mengarus Perdana Program TVET Aras Tinggi Transformasi Minda Berkemahiran Tinggi. Nooriah, Y. Zakiah, J. & Norain, M.L. (2013). Persepsi Pelajar Prasiswazah Terhadap Kebolehpasaran Graduan dan Persaingan dalam Pasaran Pekerjaan . Jurnal Personalia Pelajar 16 (2013): 77-92. Norman, H., Jenil, S. Z. M., & Yahya, R. (2017). Personaliti graduan yang menjadi tarikan organisasi. Journal of Business Innovation, 2(1), 53-61. Omar, F. I., Zan, U. M. S. M., Yunus, M. M., & Hassan, N. A. (2022). Penggunaan ICT sebagai medium komunikasi perniagaan usahawan B40: Satu Kajian Rintis. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 152-166. Othman, M. N. A. (2012). Diskriminasi dalam pasaran buruh: kajian kes di sektor swasta. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII, 923. Othman, N. S., & Teh, K. S. M. (2022). Anjakan Paradigma: Penguasaan Kemahiran Komunikasi Interpersonal Dalam Kerja Berpasukan Membentuk Ciri-Ciri Kebolehpasaran [A Paradigm Shift: Mastery Of Interpersonal Communication Skills In Teamwork Shapes Employability Characteristics]. Qalam International Journal Of Islamic And Humanities Research, 2(1), 29-39. Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual. 4th Edition, McGraw-Hill, Berkshire. Puad, M. H. M., & Nawe, N. S. M. (2021). Pengaruh Motivasi Pelajar Dalam Program Latihan Kebolehpasaran Di Era Revolusi Industri 4.0: The Influence of Student Motivation in Employability Training Program in the Industrial Revolution 4.0 Era. Sains Insani, 6(1), 185-193. Rasul, M. S., Ismail, M. Y., Ismail, N., Rajuddin, M. R., & Rauf, R. A. A. (2009). Peranan Institusi Pendidikan Teknikal Dalam Pemupukan Kemahiran ‘Employability’Pelajar. Sains Humanika, 50(1). Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2002). Psikologi Pendidikan: Pendekatan Kontemporari. McGraw-Hill (Malaysia)Sdn.Bhd Kuala Lumpur. Singer, R.N. (1984). Motivation In Sport. International Journal of Sport Psychology. 8, 40-62. Yaakub, M. Y., Hamzah, M. I. M., & Nor, M. Y. M. (2020). Pengesahan Instrumen Soal Selidik Kepimpinan Distributif menggunakan Kaedah Fuzzy Delphi. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(2), 58-70. Yusof, J. & Nawi, A. (2021). Motivasi, Kualiti Dan Kebolehpasaran Graduan Perempuan Dalam Bidang Kemahiran Di Kolej Vokasional. International Journal of Education, Psychology and Counselling, 6 (42), 248-261. Zakari, N. A. M., & Muhamad, T. A. (2021). Motivasi dan Tahap Aktiviti Fizikal Semasa COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 109-120. Zakaria, N., Rubani, S. N. K., Ariffin, A., Hamzah, N., & Nordin, N. S. (2020). Efikasi kendiri, Kemahiran Employabiliti dan Pemilihan Kerjaya dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional. Online Journal for TVET Practitioners, 5(2), 71-76. Zakaria, A., & Asmara, N. A. M. N. (2017). Transformasi Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV): Kesediaan Guru Vokasional dalam Pelaksanaan Pengajaran Kursus Seni Kulinari Kolej Vokasional. FamilyEdu: Jurnal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, 3(2), 65-72.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |