UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian lapangan ini bertujuan melihat tahap kecerdasan emosi dalam kalangan
mahasiswa Fakulti Teknikal Dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Perak. Subjek adalah seramai 60 orang remaja dalam lingkungan umur 21 hingga 25
tahun yang merupakan pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Alat kajian yang
digunakan adalah berbentuk borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu
bahagian A, B dan C. Kecerdasan emosi dapat dijadikan sebagai panduan bagi
mewujudkan Pendidikan yang berkualiti serta sebagai asas pemerolehan ilmu
pengetahuan bagi seseorang pendidik dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang
guru. Namun begitu, adakah faktor umur dan pengalaman seseorang bakal pendidik
menjejaskan kecerdasan emosi mereka apabila meneruskan pengajian di peringkat yang
lebih tinggi? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kecerdasan
emosi mahasiswa Fakulti Teknikal Dan Vokasional dengan menggunakan soal selidik
berdasarkan model Goleman iaitu kesedaran kendiri, pengawalan kendiri, motivasi
kendiri, empati dan kemahiran. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan dengan
faktor demografi seperti jantina, umur dan bangsa. Bahagian B dan C mengandungi
soalan bagi mengukur tahap kecerdasan emosi iaitu pengawalan emosi dan kematangan
emosi. Kajian tinjauansecara pendekatankuantitatif ini melibatkan seramai 60
mahasiswa FTV yang berbeza kursus. Data yang diperolehi melalui borang soal selidik
USM Emotional Quotient Inventory (USMEQ-i). Soal Selidik Kecerdasan Emosi ini
mengandungi 17 soalan. Soal selidik ini dibina oleh Boyantzis, Goleman dan
HayMcBar dimana ujian ini adalah untuk mengukur Tahap Kecerdasan Emosi
(Boyatzis et.al 1999). Set soal selidik yang telah ditadbir kemudiannya dianalisis
menggunakan Pakej Statistikal Package for the Social Science (SPSS) untuk
menganalisis data deskriptif. Nilai min dikira bagi menentukan tahap kecerdasan emosi
dalam kalangan pelajar FTV. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar FTV berada pada tahap yang tinggi pada
kedua-dua bahagian soalan (3.97 dan 4.20). Data faktor demografi telah dikumpul
dengan mendapatkan taburan kekerapan dan peratusan mudah. Oleh itu, keputusan
analisis menunjukkan bahawa faktor umur dan pengalaman mahasiswa tidak
menjejaskan kecerdasan emosi mereka untuk meneruskan pengajian dengan cemerlang. |
References |
Adeyemo & Adeleye. 2008. Emotional Intelligence, Religiosity and Self-Efficacy as Predictors of Psychological Well-Being Among Secondary School Adolescents. Europe’s Journal of Psychology. Allan K.H. Pau & Ray Croucher. 2003. Emotional Intelligence and Perceived Stress Dental Undergraduates. Journal of Dental Education, 67, 1023 –1028. A.J. Michael. 2006. Kompetensi Kecerdasan Emosi. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Selangor. ( Karya Terjemahan ) Ary Ginanjar Agustian.2006. Rahasia Sukses Membangun Kecerdasan Emosi & Spiritual: ESQ Emotional Spiritual Quotient. Penerbit Arga. Jakarta, Indonesia. Azromihana bt Azmi. 2004. Tahap Kecerdasan Emosi diantara Remaja di Sekitar Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Chua Yan Piaw. 2008. Asas Statistik Penyelidikan. McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Ciarrochi, J., Deane, F. P., & Anderson, S., . 2002.Emotional Intelligence Moderates the Relationship Between Stress and Mental Health. Personality and Individual Differences, 32, 197 –209. Fariza Md. Sham. 2005. Tekanan Emosi Remaja Islam. Islamiyyat, 27 (1), 3 –24. Fatimah Wati Halim & Wan Shahrazad bt Wan Sulaiman. 2001. Personaliti Serta Hubungannya Dengan Sumber Tekanan, Simtom-simtom Tekanan, Strategi Menangani Tekanan dan Prestasi Akademik Pelajar. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia, 17, 117 –134. Mahmood Nazar Mohamed. 1990. Pengantar Psikologi. Dewan Bahasa& Pustaka. Kuala Lumpur. Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah.2004. Psikologi Edisi Kedua. McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Melati Sumari & Mariani Md. Nor. 1998. Tekanan di Kalangan Remaja: Punca dan Akibat. Masalah Pendidikan, 21, 77 –93. Mohd. Azhar Abd. Hamid. 2008. Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mohamad Jamil Yaacob. 2005. Mental Sihat. PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Peter Salovey. 1993. The Intelligence of Emotional Intelligence. Intelligence, 17, 433 – 442. Rahil Mahyuddin & etc. 2005. Psikologi Kanak-kanak & Remaja. McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Richard Gillett. 2005. Mengatasi Tekanan. Dorling Kindersley, London. ( Karya Terjemahan) Rosli Bin Hashim (1983/1984). Perbandingan Masalah Yang Dihadapi Oleh Remaja Bekerja Dengan Remaja Belajar: Satu Kajian Lapangan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Selangor. Taufik Pasiak. 2009. Revolusi IQ.EQ.SQ. PTS Millennia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Tee Bee Fong. 2007. Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar-Pelajar diantaraIPTA dan IPTS. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi S. Katyal & E. Awasthi. 2005. Gender Differences in Emotional Intelligence Among Adolescents of Chandigarh. J. HumEcol, 17 (2), 153 –155. WANDAUD, W. R., Muhamad, T. A.,& MD YUNUS, M. E. L. O. R. (2018). Hubungan Kecerdasan Pelbagai dengan Sikap terhadap Sukan Pelajar Pintar Cerdas Akademik. Malaysian Journal of Education (0126-6020), 43(3). YahyaMahmood & DonnaNg Li Eng. 2001.Tahap dan Peranan Kecerdasan Emosi(EQ) di kalangan Pelajar-pelajar Remaja di bangku sekolah. Jurnal Psikologi dan Pembangunan Manusia, 17, 35 –58. Yusoff, M. S. B., Rahim, A. F. A., & Ab Rahman Esa. (2010). The USM emotional quotient inventory (USMEQ-i) manual. Universiti Sains Malaysia. Prawitasari, J. E. (1998). Kecerdasan emosi. Buletin Psikologi, 6(1), 21-31.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |