Kesan program latihan kecergasan fizikal terhadap ketinggian lompatan dalam acara lompat tinggi bagi pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Bahagian Kuching, Sarawak
Kesan program latihan kecergasan fizikal terhadap ketinggian lompatan dalam acara lompat tinggi bagi pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Bahagian Kuching, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Amran Abang
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah berbentuk penyelidikan eksperimental. Penyelidikan ini
dijalankan adalah untuk menentukan sama ada program latihan yang dikenakan
terhadap kumpulan eksperimen memberi kesan terhadap peningkatan skor ujian
kecergasan dan ketinggian lompatan dalam acara Lompat Tinggi. Dapatan data dan
maklumat yang diperolehi dijadikan sebagai perbandingan kesan program kecergasan
fizikal melalui ujian pra dan ujian pasca. Kajian ini hanya dijalankan ke atas 30 orang
subjek pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Bahagian Kuching,
Sarawak. Setiap sepuluh orang sampel mewakili Kategori A, B dan C. Tujuh jenis
ujian telah digunakan iaitu Ujian Bridge-Up, Ujian Sit-Up (Bent Knee), Ujian Indiks
Jisim Tubuh (IJT), Ujian Lompat Kuasa Menegak, Ujian SEMO, Ujian Lari Pecut 30
Meter dan Ujian Lompat Tinggi. Dengan menggunakan ujian-t sampel berasingan
dalam ujian pra, kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di
antara dua kumpulan sampel. Begitu juga dengan ujian-t sampel berasingan dalam
ujian pasca menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara dua
kumpulan sampel. Kecuali perbandingan ujian-t berpasangan di antara dua ujian iaitu
ujian pra dan ujian pasca bagi dua kumpulan sampel yang menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan di antara dua kumpulan sampel. Oleh itu program latihan
kecergasan telah memberi kesan terhadap skor min ujian kecergasan yang digunakan
dan terhadap ketinggian lompatan dalam acara Lompat Tinggi bagi pelajar lelaki
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Di Bahagian Kuching, Sarawak. Dapatan
kajian ini mungkin akan dapat memberi kesedaran kepada guru dan pihak sekolah
amnya, tentang betapa pentingnya merancang program latihan kecergasan fizikal
untuk meningkatkan prestasi dalam sukan yang diceburi oleh setiap individu.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.