UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Daniel Lawrence
Title :Perkaitan orientasi matlamat dan motif penglibatan atlet Bawah 18 tahun, 15 tahun dan 12 tahun dalam sukan olahraga
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini dilakukan bagi melihat perkaitan di antara orientasi matlamat dan motif penglibatan atlet olahraga bawah 18 tahun, 15 tahun, dan 12 tahun di daerah Tambunan Sabah yang menyertai Kejohanan Olahraga MajIis Sukan Sekolah-Sekolah Gabungan Keningau Kali Ke-40 Tahun 2007 iaitu seramai 106 di mana 45 atlet 18 tahun ke bawah, 41 atlet 15 tahun ke bawah dan 20 lagi atlet 12 tahun ke bawah. Kajian ini menggunakan "Task and Ego Orientations Questionnaire (Duda & Whitehead, 1998)" yang terdiri dari orientasi tugasan dan ego serta "Participation Motivation Inventory (Gill, Gross & Huddleston, 1983)" yang mengandungi lapan factor motivasi iaitu pencapaian/status, suasana berpasukan, kecergasan, keseronokan, rakan-rakan, penggunaan tenaga perkembangan kemahiran dan faktor lain. Hasil analisis data mendapati wujud perhubungan yang signifikan antara orientasi matlamat tugasan dengan motif penglibatan faktor kecergasan (r =.19, p > 0.01) dan kemahiran (r =.29, p > 0.05). Bagi corak orientasi matlamat ego pula didapati tidak wujud sebarang perhubungan yang signifikan antara corak orientasi matlamat dengan kesemua sembilan motif penglibatan. Dapatan menunjukkan atlet yang mempunyai corak orientasi matlamat tugasan yang tinggi akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan olahraga disebabkan atlet tersebut akan berusaha bersunguh-sunguh untuk meningkatkan tahap kecergasan dan kemahiran dan seterusnya memperolehi kejayaan yang mana boleh membawa kepada penghargaan dan status. Dapatan kajian dapat memberi maklumat kepada para pentadbir sukan untuk merangka program aktiviti fizikal sesuai dengan kehendak dan tuntuan para pelajar sekolah agar mereka terus melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan seterusnya mengurangkan masalah sosial.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.