UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HD Industries. Land use. Labor
Main Author :Rosli Khalid
Title :Kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2013
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keusahawanan kini menjadi satu wadah yang penting dalam membangunkan modal insan di negara ini. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau tahap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan guru-guru koperasi sekolah menengah di daerah Klang, Selangor. Lima dimensi kecenderungan keusahawanan telah dipilih iaitu Motivasi, Kreativiti dan Inovasi, Keyakinan Diri, Lokus Kawalan Dalaman dan Kesediaan Menghadapi Risiko. Seramai 113 responden yang terdiri daripada guruguru koperasi terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada guru-guru koperasi yang berkenaan. Sebanyak 150 set borang soalselidik diedarkan dan 75% atau 113 responden memberikan maklumbalas. Data-data yang diperoleh daripada kaji selidik ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Cronbach Alpha dan nilai yang diperolehi ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecenderungan keusahawanan guru-guru koperasi di daerah Klang berada pada tahap yang tinggi dengan skor min 3.85. Daripada lima dimensi kecenderungan yang diukur, dimensi Kreativiti dan Inovatif mencatatkan skor min yang paling tinggi diikuti dengan Kesanggupan menghadapi risiko, Motivasi dan Keyakinan diri. Lokus kawalan dalaman mencatatkan skor min yang paling rendah. Sebagai cadangan, usaha-usaha perlu diterokai bagi mencari jalan untuk meningkatkan keupayaan pemimpinpemimpin koperasi di sekolah. Tumpuan boleh diberikan dari sudut meningkatkan Lokus kawalan dalaman dan Keyakinan diri oleh pihak yang melatih guru terutamanya yang memilih opsyen bidang keusahawanan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.