UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik
Prinsip Perakaunan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbez.aan gaya pembelajaran
mengikut faktor-faktor terpilih iaitu jantina, kaum, aliran, pencapaian awal Matematik, lokasi
sekolah dan jenis sekolah. Kaedah yang digunakan adalah kaedah deskriptif berbentuk tinjauan
sampel. Sampel yang dipilih terdiri dari 222 orang pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata
pelajaran Prinsip Perakaunan dari tiga belas buah sekolah di daerah Manjung. Alat kajian yang
digunakan adalah Inventori Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes (1987) yang mengemukakan lima gaya
pembelajaran iaitu Gaya Permukaan, Gaya Mendalam, Gaya Dorongan, Gaya Gigih Usaha dan Gaya
Terancang. Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej
SPSS versi 11.5. Analisis deskriptif mendapati para pelajar mengamalkan Gaya Dorongan berbanding
Gaya Permukaan, Mendalarn, Terancang dan Gigih Usaha. Hasil analisis inferensi menunjukkan
pencapaian akademik Prinsip Perakaunan mempunyai perbez.aan dengan Gaya Pembelajaran
Dorongan. Terdapat perbez.aan yang signifikan di antara Gaya Permukaan dengan lokasi sekolah,
jenis sekolah, jantina, bangsa dan aliran; Gaya Mendalam dengan loksi sekolah, jenis sekolah,
jantina dan bangsa; Gaya Dorongan dengan lokasi, jenis sekolah, jantina, bangsa, dan aliran; Gaya
Gigih Usaha dengan bangsa, aliran dan pencapaian awal Matematik; dan Gaya Terancang dengan bangsa,
aliran dan pencapaian awal Matematik. lmplikasi yang dapat dijelaskan ialah, terdapat faktor lain
yang mempengaruhi pencapa1an akademik Prinsip Perakaunan selain faktor gaya pembelajaran
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |