| 
              UPSI Digital Repository (UDRep)               |   | 
| 
 | 
 | ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris | 
| Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik 
Prinsip Perakaunan.  Kajian  ini juga  bertujuan  untuk mengenalpasti perbez.aan gaya pembelajaran 
mengikut faktor-faktor terpilih iaitu jantina, kaum, aliran, pencapaian awal Matematik, lokasi 
sekolah dan jenis sekolah. Kaedah yang digunakan adalah kaedah deskriptif berbentuk  tinjauan 
sampel. Sampel yang dipilih terdiri dari 222 orang pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata 
pelajaran Prinsip Perakaunan dari tiga belas buah sekolah di daerah Manjung. Alat kajian yang 
digunakan adalah Inventori Pembelajaran di Sekolah oleh Selmes (1987) yang  mengemukakan  lima gaya 
pembelajaran  iaitu  Gaya Permukaan,  Gaya Mendalam, Gaya Dorongan, Gaya Gigih Usaha dan Gaya 
Terancang.  Data-data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan pakej 
SPSS versi 11.5. Analisis deskriptif mendapati para pelajar mengamalkan Gaya Dorongan berbanding 
Gaya Permukaan, Mendalarn, Terancang dan Gigih Usaha. Hasil analisis inferensi  menunjukkan  
pencapaian  akademik  Prinsip  Perakaunan  mempunyai perbez.aan  dengan  Gaya  Pembelajaran  
Dorongan.  Terdapat  perbez.aan  yang signifikan di antara Gaya Permukaan dengan lokasi sekolah, 
jenis sekolah, jantina, bangsa dan aliran; Gaya Mendalam dengan loksi sekolah, jenis sekolah, 
jantina dan bangsa; Gaya Dorongan dengan lokasi, jenis sekolah, jantina, bangsa, dan aliran; Gaya 
Gigih Usaha dengan bangsa, aliran dan pencapaian awal Matematik; dan Gaya Terancang dengan bangsa, 
aliran dan pencapaian awal Matematik. lmplikasi yang dapat dijelaskan ialah, terdapat faktor lain 
yang mempengaruhi pencapa1an akademik Prinsip Perakaunan selain faktor gaya pembelajaran | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |