UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Zolkifli Abd. Ghani
Title :Kebolehpercayaan dan kesahan ujian lari/berjalan sebatu dan ujian pacer
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan dan kesahan Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER di kalangan pelajar yang berumur 13 tahun di daerah Hulu Selangor. Seramai 90 orang subjek terlibat bagi ujian di padang, iaitu Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER manakala 30 orang subjek dipilih secara rawak mudah daripada kumpulan 90 orang tersebut diuji di makmal menggunakan Protokol Ujian Treadmill-Bruce sebagai ujian rujukan kriteria. Kaedah Uji dan ulang uji digunakan bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan dan kesahan kedua-dua ujian. Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Ujian Lari/berjalan Sebatu pertama dan kedua (r = .98) manakala hubungan yang signifikan juga diperoleh antara Ujian PACER pertama dan kedua ( r = .99). Nilai kesahan yang diperoleh bagi Ujian Lari/berjalan Sebatu ialah 0.64 dan Ujian PACER pula ialah 0.69. Keputusan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan an tara nilai ramalan V02 max Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian PACER yang diperoleh melalui persamaan matematik dengan nilai V02 max yang diukur di makmal. Berdasarkan hasil kajian ini, Ujian Lari/berjalan Sebatu dan Ujian FACER sesuai dan boleh digunakan bagi menguji tahap kecergasan kardiorespiratori pelajar yang berumur 13 tahun. Bagi menentukan nilai ramalan V02 max yang bcrsesuaian dengan pelajar di negara ini, pengkaji mencadangkan kajian lain perlu dilakukan untuk mendapatkan persamaan matematik yang lebih tepat.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.