UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HM Sociology
Main Author :Kana Gengging
Title :Integrasi etnik dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 Rendah SMK Jalan Oya Sibu, Sarawak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2014
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti bentuk integrasi, faktor penyumbang polarisasi hubungan etnik dan peranan guru tingkatan enam dalam usaha menggalakkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar tingkatan enam rendah di SMK Jalan Oya Sibu, Sarawak semasa aktiviti kurikulum, kokurikulum serta kehidupan di asrama. Sampel kajian terdiri daripada 28 orang pelajar tingkatan enam rendah dan 5 orang guru tingkatan enam di sekolah tersebut. Kajian dilakukan secara gabungan kuantitatif dengan kualitatif untuk membuat anal isis deskriptif, Borang soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian 1 berkait dengan demografi pelajar, Bahagian 2 ialah mengenai bahasa dan identiti. Bahagian 3 tentang pendidikan di sekolah dan Bahagian 4 meliputi kehidupan pelajar dan faktor penyumbang polarisasi etnik. Pengukuran yang digunakan untuk ketiga-tiga pembolehubah adalah skala Likert dengan pembolehubah yang disediakan. Data yang diperolehi hasil dari borang soal selidik dianalisa dengan menggunakan program SPSS berdasarkan statistik deskriptif dai1 statistik inferensi. Peratusan setiap item digunakan untuk menjelaskan tentang fenomena item kajian secara terperinci. Dalam kajian kualitatif iaitu kaedah temu bual digunakan untuk mengenal pasti peranan guru tingkatan 6 dalam menggalakkan perhubungan antara kumpulan etnik pelajar. Terdapat 11 soalan yang akan dikemukan berdasarkan tujuan kajian ini ditranskripkan serta dianalisis guna perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) 21.0 for Windows untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan dalam bentuk jadual. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhannya bentuk intergrasi etnik dalam kalangan pelajar lebih kepada bekerjasama, Manakala ibu bapa, guru dan ahli politik memainkan pe-anan penting dalam mengelakkan tahap polarisasi hubungan etnik dalam kaJangan pelajar tingkatan enam. Sementara itu guru berperanan sebagai pembimbing dalam usaha menggalakkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar. Oleh itu, usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan bagi menyuburkan bentuk integrasi etnik ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.