UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan latihan pliometrik, latihan bebanan, latihan pliometrik - bebanan ke atas kuasa kaki atlet bawah 14 tahun Sekolah Sukan Tabuan Jaya

AVAILABLE Thesis 678 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan latihan pliometrik, latihan bebanan, latihan pliometrik - bebanan ke atas kuasa kaki atlet bawah 14 tahun Sekolah Sukan Tabuan Jaya
Type
Thesis
Main Author
Rasia Lutang
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kesan latihan pliometrik, Iatihan bebanan dan  latihan pliometrik-bebanan ke atas tahap kuasa kaki atlet bawah empat belas tahun Sekolah Sukan  Tabuan Jaya. Seramai empat puluh  orang atlet telah dipilih dan dibahagikan kepada empat kumpulan  iaitu kumpulan latihan pliometrik, kumpulan latihan bebanan, kumpulan latihan pliometrik-bebanan   dan kumpulan kawalan yang mana  setiap kumpulan mempunyai  7 orang lelaki dan  3 orang perempuan.   Tiga kumpulan latihan itu telah menjalankan eksperimen tiga sesi seminggu selama enam minggu.  Manakala kumpulan kawalan tidak diberi sebarang latihan. Ujian pra dan ujian pos berkenaan tahap  kuasa kaki telah dijalankan sebelum dan selepas latihan.  Tahap kuasa kaki secara mendatar diuji  menggunakan kaedah Lompat Jauh Berdiri dan manakala tahap kuasa kaki secara menegak diuji  menggunakan kaedah Lompat Kuasa Menegak.  Skor  mentah ujian yang diperolehi dianalisis secara  statistik deskriptif dan statistik inferens dengan menggunakan perisian SPSS. Analisis statistik  telah dilakukan dengan menggunakan ujian dua penghujung dan ANOVA Sehala. Tahap signifikan .05  telah dipilih untuk menolak hipotesis null ( p < .05 ) Hasil kajian menunjukkan bahawa semua  program latihan adalah berkesan dan signifikan ( p< . 05 ) dalam meningkatkan tahap kuasa kaki  atlet Sekolah Sukan Tabuan Jaya. Waiau bagaimanapun kumpulan gabungan latihan pliometrik-bebanan  telah menunjukkan  peningkatan signifikan dalam lompat menegak dan mendatar berbanding kumpulan  latihan pliometrik dan kumpulan latihan bebanan.  Kesimpulannya, kajian ini telah memperlengkapkan  sokongan yang menyatakan bahawa pengabungan  latihan pliometrik-bebanan lebih berkesan dalam  meningkatkan kuasa kaki secara menegak, mendatar dan kuasa eksplosif serta kekuatan otot kaki di kalangan atlet Sekolah Sukan.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.