UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis struktur populasi tikus sawah (Rattus Argentiventer) di kawasan sawah padi, Pinang tunggal,Pulau Pinang

AVAILABLE Thesis 1988 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis struktur populasi tikus sawah (Rattus Argentiventer) di kawasan sawah padi, Pinang tunggal,Pulau Pinang
Type
Thesis
Main Author
Zakiah Anis Ahmad Nawawi
Subject
QL Zoology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis struktur populasi Rattus argentiventer di kawasan sawah padi, Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Pemerangkapan dijalankan pada dua sesi berbeza. SPB telah dibangunkan dengan membina pagar plastik di sekeliling kawasan kajian dan lubang-lubang kecil telah dibuat sebagai laluan pintu masuk bagi Rattus argentiventer. Kaedah penyingkiran telah digunakan untuk menganggar saiz populasi. Struktur populasi telah ditentukan dengan mengukur, menimbang, menentukan jantina dan memeriksa kondisi badan Rattus argentiventer. Morfometri tengkorak telah dilaksanakan dengan mengukur parameter tengkorak manakala pengamplifikasian dan penjujukan DNA mitokondria Rantau Hipervariabel 1 telah dijalankan untuk menentukan bilangan haplotip. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan tikus yang diperangkap semasa sesi pemerangkapan adalah 110. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina di kedua-dua sesi dengan min nisbah Jantan/Betina adalah 3:1. Hasil kajian daripada kajian morfometri menunjukkan bahawa tujuh daripada 27 pengukuran tengkorak menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi umur. Dua haplotip yang berbeza iaitu RAH1 dan RAH2 telah didapati hasil daripada kajian haplotip. Kejayaan penangkapan tikus yang tinggi mendedahkan bahawa SPB adalah lebih berkesan dalam menurunkan populasi Rattus argentiventer daripada perangkap tikus biasa. Populasi Rattus argentiventer di kawasan Pinang Tunggal dipercayai dapat dikawal menggunakan SPB sebagai alternatif kepada penggunaan racun perosak memandangkan populasi ini memiliki variasi genetik yang sangat rendah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.