UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Matlamat kajian ini adalah mengenal pasti, menyenaraikan dan mempromosikan lokasi berpotensi untuk
dijadikan produk Pelancongan Berasaskan Cabaran (PBC) di Tanjung Malim. Bagi mencapai matlamat
kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan kajian lapangan bagi
mengenal pasti kawasan PBC yang berpotensi di sekitar 20km radius dari Tanjung Malim. Seterusnya
prestasi setiap kawasan dianalisis menggunakan kaedah Importance Performance Analysis (IPA) untuk
mengenal pasti kekuatan dan keperluan penambahbaikan setiap lokasi. Kaedah mapping digunakan bagi
membina sebuah pelan lokasi PBC yang terdapat di sekitar 20km radius dari pekan Tanjung Malim. Data
daripada analisis dokumen, temu bual dan kajian lapangan mendapati bahawa Tanjung Malim mempunyai
potensi yang besar untuk dibangunkan sebagai lokasi PBC. Kajian ini mendapati tujuh buah lokasi
yang berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan PBC iaitu I) Air Terjun Strata, 2) Sungai Dara, 3)
Sungai Bil, 4) Kolarn Air Panas Ulu Slim, 5) Tumang Resort, 6) Tasik Ydp, 7) Taman Tasik Embayu
(Proton City). Seterusnya Analisis IPA menemui beberapa kekuatan lokasi ini untuk dibangunkan
sebagai lokasi PBC iaitu: 1) tarikan semula jadi, 2) alarn semula jadi yang masih terpelihara, dan
3) aktiviti PBC yang pelbagai. Selain itu, Analisis IPA juga menemui beberapa kel-auangan.
Kekurangan yang perlu diperbaiki bagi menjadikan lokasi tersebut sebagai tarikan pelancongan
tersebut adalah: I) infrastruktur yang tidak mencul,..-upi, 2) promosi yang kurang, dan
3) akses yang lemah. Berdasarkan dapatan ini, pengkaji telah mengemukakan pelbagai cadangan
penambahbaikan pembangunan produk PBC di Tanjung Malim. Dapatan kajian ini dapat diaplikasikan oleh
pihak yang terlibat seperti Majlis Daerah Tanjung Malim dan Kementerian Pelancongan Negeri Perak
bagi membangunkan produk PBC di Tanjung Malim.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |