UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF5601 Accounting
Main Author :Salina Kassim
Title :Lokus kawalan dan hubungannya dengan pencapaian prinsip perakaunan di kalangan pelajar tingkatan empat
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan melihat hubungan di antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan lokus kawalan mengikut jantina, aliran, etnik dan lokasi sekolah, termasuk perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan. Ujian statistik juga dijalankan untuk menentukan sarna ada terdapat kebergantungan antara lokus kawalan dengan jantina dan pencapaian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Skala DalamanLuaran Rotter yang telah diterjemah untuk mengukur lokus kawalan pelajar. Sam pel kajian ini terdiri daripada 225 orang pelajar Tingkatan 4 yang diambil secara persampelan rawak mudah daripada lima buah sekolah di daerah Perak Tengah dan tiga buah sekolah dari daerah Kinta, Perak. Data yang dikumpul dianalisis melalui perisian SPSS 11.5 menggunakan kiraan frekuensi, ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan ujian Khi Kuasa-Dua. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan lokus kawalan dengan pencapaian pelajar mengikut aliran, etnik dan lokasi sekolah. Tetapi terdapat perbezaan yang signifikan an tara lokus kawalan dengan jantina; serta perbezaan pencapaian yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Seterusnya terdapat kebergantungan antara lokus kawalan dengan jantina tetapi tidak wujud kebergantungan antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.