UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HF5601 Accounting
Main Author :Azfariza Abdul Rahim
Title :Kepelbagaian gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran prinsip perakaunan
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kepelbagaian dalam gaya pembelajaran. Fokus kajian ini ialah kepelbagaian gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan di daerah Kinta, Perak. Instrumen kajian yang digunakan ialah Inventori Gaya Pembelajaran Kolb (1984). Inventori Gaya Pembelajaran Kolb mengidentifikasikan empat jenis domain gaya pembelajaran iaitu diverger (CElRO), assimilator (ACIRO), konverger (AC/AE) dan akomodator (AE/CE). Sampel kajian ini terdiri daripada 277 pelajar daripada 7 buah sekolah di daerah Kinta, Perak. Data yang dipungut, diproses dan dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial Versi 11.0. Penganalisisan data menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, ujian Post-Hoc LSD, frekuensi, min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian ini menunjukkan gaya pembelajaran diverger adalah dominan di kalangan pelajar-pelajar Prinsip Perakaunan (Min=2.7690, Sisihan Piawai=0.43190). Hasil kajian menunjukkan tidak wujud hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian pelajar. Tidak wujud perbezaan min yang signifikan berdasarkan jantina, jurusan pengajian dan pendapatan keluarga kecuali jenis sekolah dan etnik. Kesimpulannya, tidak terdapat gaya pembelajaran yang benar-benar unggul bagi membantu pencapaian pelajar. Sebaliknya, prestasi pencapaian pelajar akan meningkat jika mereka seronok belajar dan boleh menggunakan cara tersendiri yang paling berkesan untuk belajar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.