UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HV Social pathology. Social and public welfare
Main Author :Tan, Lih Shy
Title :Kesan buli siber terhadap sikap dan tingkah laku pelajar sekolah rendah
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesan buli siber terhadap sikap dan tingkah laku pelajar  sekolah rendah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran pelajar terhadap buli  siber, apa yang akan berlaku selepas di buli, menyaksikan dan melaporkan serta pandangan pelajar  terhadap buli siber. Dalam kajian ini terdapat 11 persoalan kajian. Seramai 152 orang pelajar tahun  enam sekolah rendah yang dipilih dari empat buah sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama  secara pensampelan rawak kelompok. Di samping itu, seramai enam pelajar sekolah rendah dipilih  sebagai sampel dalam sesi temu bual. Statistik deskriptif dijalankan untuk mendapatkan  kekerapan,   peratusan,  min dan sisihan  piawai  digunakan  untuk menganalisis latar belakang responden,  kekerapan penggunaan internet dan tahap kesedaran pelajar terhadap buli siber. Regresi pelbagai  digunakan untuk menganalisis perhubungan antara kesan buli siber dengan sikap dan tingkah laku  pelajar. Analisis ANOVA digunakan untuk menganalisis perbezaan antara kesan buli siber mengikut  kategori iaitu mangsa buli, pemerhati dan pembuli. Analisis ujian-t dijalankan untuk menganalisis  perbezaan antara kesan buli siber terhadap lokasi kawasan dan jantina. Analisis korelasi Pearson r  dilakukan untuk menganalisis perhubungan antara buli siber dengan kekerapan penggunaan internet.  Kajian mendapati bahawa terdapat perhubungan antara kesan buli siber dengan sikap dan tingkah laku  pelajar. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan antara kesan buli siber dengan mengikut kategori  iaitu mangsa buli, pemerhati dan pembuli. Kajian mendapati terdapat perbezaan antara kawasan bandar  dan luar bandar terhadap buli siber. Kajian mendapati tiada perbezaan antara pelajar lelaki dan  perempuan dalam buli siber ini. Analisis korelasi Pearson r mendapati terdapat perhubungan antara  kekerapan penggunaan internet dan buli siber. Berdasarkan dapatan kajian didapati kanak-kanak kini  suka menghibur dan menghabiskan masa lapang dalam dunia siber ini. Keadaan ini akan menjadikan  mereka dalam kumpulan berisiko tinggi menjadi mangsa buli. Jadi pendekatan preventif yang proaktif,  pendidikan yang secara menyeluruh dan bersepadu dan kempen kesedaran yang berterusan untuk mencegah  kejadian buli siber di sekolah. Kajian  yang  berterusan  dijalankan  untuk  mengenalpasti   faktor-faktor  yang mendorong kejadian buli siber dan pihak berkenaan menganjurkan keberkesanan program intervensi mencegah buli siber bagi pelajar-pelajar mahupun ibu bapa.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.