UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar dalam meningkatkan kualiti di Madrasah Tsanawiyah negeri Jakarta Selatan

AVAILABLE Thesis 12717 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar dalam meningkatkan kualiti di Madrasah Tsanawiyah negeri Jakarta Selatan
Type
Thesis
Main Author
Noor Muhammadi
Subject
LC Special aspects of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan pengetua, prestasi guru, budaya belajar dalam meningkatkan kualiti Madrasah Tsanawiyah Negeri di Jakarta Selatan. Ianya menganalisis hubungan kepemimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar terhadap kualiti madrasah, untuk pencapaian keberkesanan madrasah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif, manakala penggumpulan data sampel kajian dengan menggunakan soal selidik kajian.Instrumen kajian diubahsuai dari pelbagai sumber untuk disesuaikan dengan reka bentuk, sampel, dan objektif kajian. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan madrasah kurang berkesan berada pada tahap sederhana. Seterusnya pengaruh kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan kualiti madrasah. Kajian juga menunjukkan bahawa kepimpinan pengetua madrasah, prestasi guru dan budaya belajar mempunyai pengaruh secara tidak langsung terhadap kualiti madrasah. Sehubungan itu, kepimpinan pengetua, prestasi guru, dan budaya belajar adalah faktor utama yang perlu diberi keutamaan dalam meningkatkan kecemerlangan sebuah madrasah,tanpa adanya kepeminpinan pengetua madrasah yang baik, serta prestasi guru dan budaya belajar dalam madrasah maka penambahbaikan dan peningkatan kualiti madrasah tidak akan menjadi kenyataan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.