UPSI Digital Repository (UDRep)

Hubungan di antara personaliti ekstrovert-introvert dengan nilai di kalangan pelajar sekolah menengah

AVAILABLE Thesis 853 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Hubungan di antara personaliti ekstrovert-introvert dengan nilai di kalangan pelajar sekolah menengah
Type
Thesis
Main Author
Akma Abd. Hamid
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2004
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara personaliti ekstrovert-introvert  dengan nilai dan  dimensi nilai serta hubungan dengan pelajar berdisplin dan tidak berdisiplin. Di samping itu, ia  juga bertujuan melihat perbezaan pesonaliti ekstrovert-introvert, pelajar berdisiplin dan tidak  berdisiplin, jantina,  status  sosioekonomi  (S.E.S)  dengan  nilai  dan dimensi nilai yang terdiri  daripada 8 bidang iaitu intelek, ekonomi,  estetika,  agama, sosial,  moral,  kesihatan  dan  kewarganegaraan. Sampel kajian terdiri daripada 350 orang pelajar Tingkatan. dua yang dipilih  berdasarkan  kategori pelajar berdisiplin dan tidak berdisiplin daripada empat buah sekolah   menengah  di  Daerah  Kemaman,  Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah Eysenck  Personality  Questionnaire  dan  soal  selidik  nilai.  Hasil kajian   menunjukkan   personaliti    ekstrovert-introvert mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai dan  dua  dimensi   nilai  agama  dan  moral.  Personaliti ekstrovert-introvert juga mempunyai hubungan negatif yang  tidak  signifikan  dengan  pelajar  berdisiplin  dan  tidak berdisiplin. Terdapat perbezaan yang  signifikan di antara pelajar  yang  mempunyai  personaliti  ekstovert-introvert, berdisiplin  dan   tidak  berdisiplin  dengan  nilai.  Namun demikian  faktor  jantina  dan  S.E.S  tidak  menunjukkan perbezaan yang signifikan dengan nilai.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.